Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Wednesday 13 March 2013

Tupperware Keychains, Magnets & Miniatures

Koleksi Keychain & Fridge Magnet Tupperware ni aku tak kumpul, ni hobi keluarga aku yang suka kat barangan cenderahati dari tupperware ni, kebetulan pula wife aku ni seller Tupperware (promote sikit). Bentuknya yang kecil dan 'cute' menyebabkan ramai wanita yang suka kumpul benda ni. Design dan bentuknya mengikut model asal Tupperware yang dijual dalam pasaran. 

Tupperware Keychain- Shape 'O' Ball

Tupperware Keychain- Blue Heart

Tupperware Keychain- Crystalwave

Tupperware Keychain- Green Sports Bottle

Tupperware Keychain- Pink Heart

Tupperware Keychain- Green Baseline

Tupperware Keychain- Blue Eco Bottle

Tupperware Keychain- Purple Eco Bottle
Tupperware Keychain- Pink Eco Bottle
Tupperware Keychain- Onion Keeper

Tupperware Keychain- Heat N Serve
Tupperware Keychain- Prism
Tupperware Keychain- Green Impressions Pitcher

Tupperware Keychain- Quick Shake

Tupperware Keychain- Red Mega Thatsa a Bowl

Tupperware Keychain- Smartsteamer

Tupperware Keychain- Pink Bowl
Tupperware Fridge Magnet- Orange Pitcher
Tupperware Fridge Magnet- Garlic
Tupperware Keychain - Cupcake
Tupperware Keychain - Water Bottle Penguins Purplicious
Tupperware Keychain- Salad On The Go


Keychain & magnet Tupperware ni kalau dah terlepas edisi yang terdahulu memang susah nak dapat. Tapi kalau dah mulakan koleksi dari sekarang ia akan jadi 'rare' satu hari nanti, bila dirujuk dengan 'otai' Tupperware memang tak boleh lawan koleksi diaorang, memang power dan 'variety'nya tak terhingga. Apa yang bagusnya Tupperware ni, barang-barang dia 'Eco Friendly' dan selamat digunakan serta bebas dari bahan merbahaya, kualiti memang terbaik. 


Kat bawah ni pula koleksi miniature dari Tupperware yang ada dalam simpanan kami.

Miniature Tupperware- Scoop
Miniature Tupperware- Baby Feeding Spoon Yellow
Miniature Tupperware- Baby Feeding Spoon White
Miniature Tupperware- Spatula
Miniature Tupperware-Long Handle Fork Spoon
Miniature Tupperware- Bekas Sos
Miniature Tupperware-(Name?)

Miniature Tupperware- Penapis

Koleksi akan bertambah dari masa ke semasa.


Mini Tupperware (3inci)
Gambar Pinjam kat Google (set asal bersama kembarnya 'Salt')

Tambahan sikit, pada koleksi gambar kat atas ni di mana diambil dari koleksi emak aku kat kampung, usia dah lebih dari 20 tahun. Saiznya dalam 3inci sahaja. Bekas ni digunakan untuk menyimpan 'papper' sebab ada tertulis kat bekas tu, aku pun tak pasti sama-ada untuk koleksi atau untuk kegunaan biasa. Bekas ni ada sepasang (Salt & Papper). Penutup dan kembarnya pun dah tak dapat dikesan. Bekas ni juga boleh termasuk dalam barangan koleksi 'Mini' Tupperware dulu-dulu.
 
-see u when i see u-

1 comment: