Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday 8 March 2013

Gelas F&N vs Red Lion

Ini merupakan entry pertama dalam blog aku. Aku nak menceritakan mengenai hobi mengumpul gelas. Aku mula kumpul gelas ni dah lama, tapi mula kumpul betul-betul pada tahun 2012. Tajuk kali ini gelas F&N & Red Lion. tak banyak sumber maklumat yang boleh dikongsi kerana baru nak buat 'pengeledahan' sejarah & maklumat. Tapi sepanjang perjalanan ini kiranya ada maklumat terbaru akan aku update bagi perkongsian kita semua. Sekarang misi pertama aku nak post gambar-gambar koleksi aku dan 'pelan-pelan' update maklumat.

F&N ni dah mula berniaga semenjak tahun 1883. Jenama terkenal dikeluarkan seperti 100+, Magnolia, Sunkist, Fruit Tree, Seasons dan macam-macam lagi. Tapi yang 'glamour' semua berkaitan air minuman. Kilang dia ada satu kat Shah Alam dibuka pada tahun 1996. Lupa nak bagitau apa maksud F&N tu...... Freser & Neave. Company ni ditubuhkan oleh John Fraser dan David Chalmers Neave pada mulanya menubuhkan The Singapore Straits Aerated Water Company, setahun selepas itu barulah ditubuhkan F&N.

Sejarah F&N dengan gelas ni akan aku update bila dah dapat info 'sahih' mengenai tahun keluarannya, jumlah koleksi yang ada dan lain-lain lagi. Dalam pengamatan aku, ada dua versi gelas ini yang pertama 'Red Lion' dan kedua 'F&N'. Seiapa yang sudi kongsi info, amat dialu-alukan. Enjoy my collection pic:


Gelas Red Lion- 01/04
Gelas Red Lion- 02/04

Gelas Red Lion- 02/04



Gelas Red Lion- 04/04
Gelas F&N- 01/18
Gelas F&N- 02/18
Gelas F&N- 03/18
Gelas F&N- 04/18
 
Gelas F&N- 05/18
Gelas F&N- 06/18
Gelas F&N- 07/18
Gelas F&N (Sarsi)- 08/18
Gelas F&N- 09/18
Gelas F&N- 10/18 (Depan)
Gelas F&N- 10/18 (Belakang)
Gelas F&N- 11/18
Gelas F&N- 12/18
Gelas F&N- 13/18
Gelas F&N- 14/18
Gelas F&N-15/18
Gelas F&N- 16/18
Gelas F&N- 17/18
Gelas F&N- 18/18


Setakat ini baru ada Empat (4) variety Red Lion dan Lapan Belas (18) variety F&N dan nanti kalau ada masa aku ukur tinggi gelas-gelas ni sebab sesetengah tu berbeza ketinggian terutama yang dalam gambar (F&N-006) bersaiz 'pendek' berbanding dengan yang lain-lain dan designnya juga sama dengan (F&N-016). 

Update variety koleksi dalam post ni= 22 Gelas.


Kat bawah ni pula barangan berkaitan dengan F&N yang ada dalam koleksi aku selain dari gelas.

F&N Wood Crate (Fraser & Neave)

F&N Wood Crate
  
-see u when i see u-

1 comment:

  1. tuan..gelas no 17/18 tu tahun berapa ya keluaran nya?

    ReplyDelete