Minat mengumpul duit lama dan baru telah lama aku ceburi sejak dari kecil lagi. Hobi ini juga dipanggil "Numismatik'. Koleksi di sini berdasarkan nilai belian/jualan yang agak tinggi di pasaran yang ada dalam simpanan aku dan keluarga. Harga ditentukan mengikut tahun keluaran, usia, nombor prefix, jumlah keluaran yang terhad, kesalahan cetak dan lain-lain faktor penilaian kepada penentuan harganya. Banyak lagi koleksi aku yang tak dapat dikongsikan di sini. Bila berkelapangan akan aku masuk satu persatu. Masih baru dan masih mencari.......
Matawang
Timah Ayam Jantan atau Ayam Jantan Sabung dianggarkan berusia lebih dari 300 tahun
dan dibuat ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1733) dari negeri Kedah.
Duit syiling Siri Parlimen keluaran tahun 1971 mempunyai keluaran yang paling sedikit berbanding tahun-tahun yang lain, ini menjadikanya sukar ditemui dan dianggarkan tempaannya hanya bejumlah 32,+++ keping sahaja.
Duit syiling Siri Bunga Raya keluaran tahun 2004 'Error' yang terlepas di pasaran mempunyai lebihan 'Sirip'
Duit kertas RM1 tandatangan Gabenor Ali Abul Hassan. Kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan di mana menurut sumber, terdapat kesilapan edarannya kerana semasa wang ini diedarkan ia dalam proses peralihan
dan pertukaran Gabenor Bank Negara yang baru daripada Gabenor Tan Sri
Ali Abul Hassan kepada Gabenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.
Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank
Negara di Pulau Pinang sahaja kerana cawangan bank lain sempat menerima arahan membatalkan
pengedaranya. Kesemua edaran Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul
Hassan ini arahanya ditarik balik serta merta dan wang RM1 ini telah
dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB. Hanya RM1
ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix CR7209999 hingga CR7249999. Duit ini tersilap dan
terlepas diedarkan kepada umum dalam jumlah kira-kira 50,000 keping sahaja.
$10-Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth)
Ancient Tin Coin Kedah Ring 1710-1773
Duit Ayam, Singapore Merchant Token
Observe:
A spurred fighting cook facing right. In Jawi "Tanah Melayu". Last two tail feathers of cock crossed.
Reverse:
Reverse:
In Jawi "satu keping 1247AH" (one keping 1831)
Weight: 1.49 -1.68 grammes
Diameter: 21 mm
Composition: copper
Mintage: 4,286,778
Mint: Soho Mint, Birmingham
Weight: 1.49 -1.68 grammes
Diameter: 21 mm
Composition: copper
Mintage: 4,286,778
Mint: Soho Mint, Birmingham
Kat bawah ni semua koleksi duit yang nombor prefix menarik aku panggil "Magnificent Se7en" :
-see u when i see u-