Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Sunday 31 March 2013

Botol Green Spot & Green Dragon

Green..... tema post kali ni melibatkan dua botol yang bewarna hijau dari kepulauan Borneo.



Botol Green Spot:

Asal botol Green Spot ni adalah dari Borneo. Dikilangkan di Sabah dan tersebar luas di sana termasuk juga Sarawak. Botol ni pun aku dapat dari Sarawak.... terbang jauh ke semenanjung. Tinggi dia cuma 8 inci saja. Pada bawah logo Green Spot di tepi botol ada tertulis tanda dagang, akibat usia...... tulisan tu tak berapa jelas kalau dalam gambar. Hasil perkongsian ilmu dan pendapat dengan collector yang lain, botol ni dijangka dikeluarkan dalam tahun 80'an.


Tulisan Jawi & Cina. Baris bawah tertulis "THE AMOY CANNING CORP (M) BHD"

Tulisan Rumi. Baris Bawah tertulis "LICENSED BY GREEN SPOT CO. USA"
Botol Green Spot



Botol Green Dragon:

Botol ni juga terbangnya jauh dari Sarawak sana. Bersaiz 9.5 inci tinggi dengan kapasiti 285 ml. Berasal dari Sarawak, slogan yang dipakai pada masa keluaran air botol pada masa itu ialah "Delicious Dragon Drink dan Delicious Green Drink". Botol ni dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dengan dua perasa utama iaitu soya dan teh bunga.


Lambang Naga dengan tulisan Cina "Green Dragon"

Lambang Naga dengan tulisan rumi 'Green Dragon"

Entry untuk botol ni sekadar suka-suka kerana aku lebih minat pada pengumpulan gelas kaca. Nanti aku cuba cari lagi lain-lain variety untuk botol-botol 'Green' ni.

-see u when i see u-

Saturday 30 March 2013

Vintage Toys Exhibition at Ipoh Station

Dengan tema 'Vintage Toys Exhibition' bertempat di Restoran Ipoh Station Puchong pada 30 Mac 2013 mengumpulkan koleksi mainan antik, rare & lama oleh collector dari pelbagai background. Sambil-sambil tengok pameran boleh beli mainan dari ruang khas yang disediakan. Kesempatan aku pergi ke sana memang satu pengalaman baru. Aku sampai kat sana dalam jam 11.00 pagi, belum ada ramai yang datang, sebelum tengok koleksi sempat lagi layan makan kat situ bersama familia aku. Tak banyak yang dapat aku nak ulas kat sini, sekadar share gambar-gambar yang aku amik sebagai kenangan dan perkongsian kepada yang tak berkesempatan ke sana. 

Kalau nak detail info boleh gi ke blog disediakan oleh owner Ipoh Station sendiri,   http://ipohstation.blogspot.com/search/label/History

Sorry, gambar tak ada tag line sebab banyak sangat gambar yang di 'upload' kat sini dan macam biasa le, gambar-gambar ni diambil oleh orang yang bukan pro pun dan dengan teknologi tahun 2009 hand-phone Nokia aku. Layannzzz.......

Suasana Luar Kedai






















































Sambil-sambil dok tengok koleksi mainan, sempat juga aku snap beberapa gambar koleksi yang ada dalam kedai. Saranan aku kepada yang minat dengan koleksi barang lama dan antik ni, berkunjunglah ke sini, sambil-sambil menjamu selera boleh tengok koleksi-koleksi yang ada kat sini.

Harapan aku agar aktiviti ni diteruskan dengan tema-tema berlainan pada masa akan datang. Cadangan aku lepas ni, boleh buat "Pameran Gelas,Cawan,Mug,Pinggan dll" yang mengumpulkan peminat-peminat gelas lama/antik/rare/collectible...... aku pun beminat kalau dijemput untuk 'showcase' koleksi gelas-gelas aku yang tak seberapa ni.

-see u when i see u-