Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday 8 March 2013

Koleksi Mug & Kole (Cawan Plastik)


Aku pun konfius apa yang dikatakan 'mug', kole, cawan & gelas. Setakat kefahaman aku Mug ni terdiri dari bekas minum yang bertangkai dari kaca atau tanah liat, Kole merujuk kepada bekas minum dibuat dari plastik, Cawan mesti ada tangkai datang bersama piring dan Gelas mesti kaca lutsinar atau tak lutsinar dan tak ada tangkai. Itu cuma kefahaman aku dan definasi sendiri. Terpulang kalau ada yang nak terima atau tak.

Aku share juga Mug yang dalam simpanan aku, semua koleksi ni diperolehi secara tak sengaja sama ada dapat percuma, pemberian rakan-rakan atau diberi sebagai cenderamata. Tapi aku cuma share yang aku rasa best untuk dikongsi.

Mug From South Africa "Zulu Woman"

Mug From South Africa "I Love"

Mug From South Africa "Ndebele Woman"

Mug from Australia
Kole/Cawan Plastik F&N

Kole/Cawan Plastik F&N

Kole/Cawan Plastik Red Cow Milk Powder

Mug Nescafe 2012 (100 years Nestle)
Mug Nescafe 2013 (75 Years Nescafe)
Kole Nescafe (Material Plastik)
Kole/Gelas Sundrop (Material Plastik)
Kole/Gelas Sarsi Sempena Pertabalan DYMM Sultan Perak 9 Dis. 1985

Mug SM King Edward VII Batch 91-95 Gathering 2011

Mug 21st Annual 10's Rugby Tournament Singapore 1994

Mug Milo Set/4 biji: 2012,1990's,1970's & 1950's
Mug Milo Set/4 biji: 2012,1990's,1970's & 1950's

Mug Milo Set/4 biji: 2012,1990's,1970's & 1950's
Mug Milo Set/4 biji: 2012,1990's,1970's & 1950's

Mug Nesvita Nestum

Mug Milo XIII Sea Games Bangkok 1985

Mug Avon 2012 (33rd Anniversary Avon Malaysia)

Mug Sambutan Ulang Tahun Berita Harian ke-50 (1957-2007)
Mug Upin & Ipin Colgate
Mug 100 Tahun Shell 1891-1991
Washington Apple 75th Anniversary (1937-2012)
Mug Milo Bentuk Bola (Hijau)
Mug Milo Bentuk Bola (Hitam)
Stackable Mug F&N
Mug Nestle Bliss


Banyak lagi mug-mug yang ada tapi rasa yang lain-lain tu tak berapa best untuk post kat sini :)


Update dalam post ini= 27 mug

-see u when i see u-

2 comments:

  1. Mug nescafe nak jual x bos?
    kalu nak jual emel ay khairuljasni81@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Mug nescafe nak jual x bos?
    kalu nak jual emel ay khairuljasni81@gmail.com

    ReplyDelete