Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday 8 March 2013

Sign & Iklan Lama

Mahal...... itu yang dapat aku gambarkan kalau nak melibatkan diri nak kumpul signboard dan iklan lama. Pelbagai material dari enamel, tin, besi, kadboard, porcelain dan macam-macam lagi. Harga agak mahal tapi berbaloi simpan, terutama kalau dapat kondisi yang masih lagi baik. Salah satu material yang menjadi 'collectable item' adalah yang diperbuat dari bahan enamel juga dikenali sebagai "Enamel Advertising" atau "Vitreous Enamel" atau "Porcelain Enamel". Teknik ini dibuat pada lapisan besi dengan promo iklan seperti lapisan kaca dengan pelbagai warna. Teknik lukisan yang dipaparkan seakan timbul dan berkilat menjadikan ianya menarik untuk tujuan iklan. Mula diperkenalkan di Malaya seawal tahun 20an lagi.

Rajin-rajin pergilah merantau ceruk bandar-bandar lama atau ada orang panggil 'Pekan Koboy' pasti akan ketemu sign-sign lama ni, itu semua rezeki 'memburu', sama-ada rajin atau tak berbekalkan sedikit modal hasil pemburuan pasti tak mengecewakan. 

Tapi aku tak ada masa nak buat itu semua, aku bukan collector sepenuh masa dan juga bukan seller yang tegar. Pasal tu la koleksi aku untuk sign ni ikut sempat mana yang dapat........ tengok sajalah :)

Sign Basikal Raleigh, Material Cardboard (Saiz 2'x1.5')
Tin Sign Marlboro (Saiz A3)
Tin Sign Torchlight Cigarettes (Saiz 10"x7.5")
Planta Advertisement Sticker (Material-Paper)
Tin Sign DBKL 1978 (Lesen Niaga Barang-Barang Runcit)
Lesen Kedai Kupi 1978
Poster Rokok Signal (Depan)
Poster Rokok Signal (Belakang)
Sign Kadfon Telekom Malaysia
Tin Sign DBKL 1978 (Lesen Niaga Rumah Tumpangan)
Lesen Papan Iklan 1978
Lelsen Papan Iklan 1987 MP Taiping
Lesen Perusahaan berbahaya DBKL 1978
Lesen Kenten Sekolah 1968


Lesen Basikal Roda Tiga Majlis Daerah Segamat Selatan 1981



Masih mencari, masih memburu.

-see u when i see u-

1 comment:

  1. Are you paying more than $5 per pack of cigs? I'm buying all my cigs from Duty Free Depot and this saves me over 70% on cigarettes.

    ReplyDelete