Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Wednesday 13 March 2013

Basikal Tua "Raleigh"

Basikal ni merupakan basikal tua kesayangan aku jenama Raleigh aku beli pada tahun 2012 setelah lama mengidamkan basikal tua. Dibeli dari seorang collector di Sepang yang dalam proses mengurangkan koleksinya. Teringat masa budak-budak dulu, basikal macam ni juga aku dok bawak gi sekolah dan tolong mak gi kedai. Apa yang specialnya basikal ni dia ada nombor 'plate' pengenalan pada cover rantainya. Nombor yang ada pada plate tu sama dengan nombor pada chassis basikal. Teramat special dan uniknya lagi, tertera tahun pendaftaran basikal ni yang mencatatkan tahun 1961. Nak dikira usia dah melebihi 50 tahun, dah boleh declare ANTIK.

Banyak basikal lain yang boleh claim dari tahun berapa dikeluarkan, tapi tiada bukti yang boleh menyokong claim-claim tersebut. Tapi, bezanya basikal dulu dan sekarang, basikal dulu ada dikeluarkan lesen khas yang berfungsi macam road-tax kereta pada zaman sekarang.

Basikal Raleigh Aku

Nombor Plate Chassis Basikal & Tahun Keluaran 1961

Basikal Tua Raleigh

Simpan Dalam Rumah
Hajat aku sekarang nak cari pasangan basikal ni dan nak tubuh "Kelab Basikal Tua" (KeBaTu). Siapa nak join?
-see u when i see u-

2 comments:

  1. Salam perkenalan. Satu perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  2. Boleh tuan kongsikan dimana boleh saya dapatkan sparepart basikal ini?

    ReplyDelete