Blog aku ini memaparkan hobi koleksi gelas dan barang lama yang sesetengahnya dah jadi antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday, 8 March 2013

Koleksi Gelas Aku



Kat sini aku lambakkan koleksi gelas-gelas yang aku ada tak mengikut tema, sebab ada antaranya belum lagi mencapai status 'rare' atau 'collectible item'. Harga pun boleh dapat bawah RM10 setiap satu dan ada juga dijual lambak 3 biji RM10 yang aku dapat. Yang bestnya ada juga dapat free dari rakan-rakan collector yang lain juga sanak-saudara aku. Cuma sebijik dua saja yang ada value dan 'rare' bagiku. Aku akan terus update gambar-gambar bila koleksi semakin bertambah.'Check-it-out':


Gelas Ubat Gigi Darkie (set 6 biji)- 001

Gelas Ubat Gigi Darkie- 002
Gelas Wong Coco
Gelas Blue Eagle Edisi World Cup 2000- Germany
Gelas Blue Eagle Edisi World Cup 2000- Czech Republic
Gelas Peacock
Gelas Cock Brand- Groundnut Oil

Gelas Mirinda

Gelas Sprite

Gelas Marco

Gelas Bee's Queen Brand
Gelas Globe Silk Store 
"Segamat-Kuala Lumpur-Singapore"
Gelas 7up- 001
Gelas 7up Fido Dido "Its Cool to be clear"-002
Gelas 7up "Reach for your own goal"-003
Gelas 7up Fido Dido "Dance to a difference beat"-004
Gelas 7up Fido Dido KFC (Plastik)-005

Gelas 7up- 006
Gelas 7up- 007
Gelas 7up- 008
Gelas Hacks- 001
Gelas Hacks- 002
Gelas Kickapoo
Gelas Kickapoo (Sinalco)
Gelas Milo

Gelas Malayan Fruit Juice
Gelas Caltex
Gelas Holiday Inn Movenpick Hotel

Gelas Nescafe- 001
Gelas Nescafe- 002

Gelas Livita

Magnolia- 001

Gelas Magnolia- 002
Gelas Magnolia- 003

Gelas Magnolia- 004
Gelas RC Cola (Royal Crown Cola)
Gelas Hard Rock Cafe Sentosa Singapore- 7 inci
Gelas Cap Bendera

Gelas Sinalco

Gelas Sunkist

Gelas Sunquick

Gelas Sunquick 2008
Gelas Sunquick 2009
Gelas Yeo's- 001
Gelas Yeo's- 002

Gelas Yeo's- 003


Gelas Yeo's- 004
Gelas Yeo's- 005
Gelas Yeo's- 006







Gelas Planta Margarine*- 001
Gelas Planta Margarine- 002
Gelas Margarine Daisy
Gelas Malcoa*
Gelas Club Man
Gelas Nestle Fruit Juices
Gelas Mobil- 001
Gelas Mobil*- 002

Gelas Ovaltine
Gelas elf (World Cup Edition 2006) - Gambar Depan
Gelas elf (World Cup Edition 2006) -  Gambar Belakang


Gelas elf ni adalah dari jenama minyak pelincir. Dikeluarkan khas pada tahun 2006 sempena piala dunia bolasepak. Setiap gelas mempunyai kelainan di mana setiap kumpulan yang bertanding pada tahun itu dipaparkan pada gelas. Setiap gelas mewakili 2 kumpulan iaitu group A,B,C,D,E,F,G & H. Aku dapat di Pasar Karat Kampung Berjaya, Alor Setar dengan harga RM3.00 untuk 4 biji gelas ni termasuk kotak yang masih dalam keadaan baik. Murah beb.


Gelas Supermarket Sungei Patani Sdn. Bhd.

Gelas 'Sungei Patani" gambar kat atas memang special, sebab aku pun berasal dari sana, ejaan pun mengikut tatabahasa lama yang sekarang ni 'Sungai Petani'. Mengikut cerita mak aku, Supermarket Sungei Patani ni wujud masa tahun 80'an dulu kat pekan Sungai Petani tapi sekarang dah tak ada lagi. Mak aku dulu sempat shooping kat situ. Kalau nak tanya harga gelas ni memang 'Priceless' sebab ada attach sentimental value. Tapi kalau nak juga boleh tukar dengan VIVA Auto (baru) sebijik :)



Ini antara sebahagian koleksi aku yang semakin hari semakin bertambah. Tak kira gelas baru atau lama. Selamat berkoleksi.

Update variety gelas koleksi dalam post ni= 68 Gelas.
 
 -see u when i see u-

No comments:

Post a Comment