Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday 8 March 2013

Koleksi Antik & Lama

Di sini semua koleksi antik dan barang lama yang aku kumpul ada yang dibeli, dibagi, dikutip, warisan keluarga dan dari mana-mana sumber yang sah. Kita belajar sikit apa yang dikatakan Antik.
Mengikut Akta Purba 1976, jika sesuatu barangan berusia melebihi 100 tahun dan mempunyai nilai sejarah, barulah ia disebut antik. Tetapi selepas Akta Warisan Kebangsaan 2005 digubal, barangan antik merujuk kepada barangan yang sudah melebihi usia 50 tahun.

Antik dari segi artifak adalah sesuatu yang subjektif dan menjurus kepada barang lama yang sudah tidak digunakan lagi pada zaman sekarang serta telah dilupakan oleh masyarakat. Setiap barangan antik mempunyai nilai sejarah dan wang yang tinggi, juga menjadi rebutan ramai terutama yang 'rare' atau pengeluaranya amat sedikit.
Ada juga yang mengklasifikasikan antik sebagai barangan yang dibuat tidak menggunakan mesin. Tapi untuk kereta antik dikira selepas 25 tahun, kalau belum sampai 25 tahun dipanggil klasik.
Dalam koleksi aku ni ada yang masih baru dan belum boleh dikategorikan sebagai antik, tapi mempunyai nilai 'koleksi' yang tersendiri akibat kuantiti yang terdapat kat luar sana tak banyak dan sukar ditemui.

Pemberat/Pengukur Timbang Lama

Lampu Basikal Klasik

Lampu Suluh Cap Harimau
Tempat Letak LP/Piring Hitam
 
Botol Susu Kaca
Botol Susu Kaca (Evenflo)
Botol Susu Kaca

Typewriter Jenama Olivetti (Berfungsi)
Typewriter Jenama Olivetti Dora (Berfungsi)

Jam Dinding 2 Kunci (Berfungsi)
Radio Lama Jenama 'Rising' (Berfungsi)

Radio Lama Jenama Sanyo (Berfungsi)
Dapur Minyak Tanah Brand Butterfly

Jam Dinding Jenama Rhythm Berkuasa Bateri (Berfungsi)
Tin Ovaltine
Tin Milo Keluaran Tahun 2007 Sempena 50 Tahun Merdeka
Tabung Tin Sardin Ayam Brand 50 Tahun Merdeka (Depan)
Tabung Tin Sardin Ayam Brand 50 tahun Merdeka (Belakang)

Pemain Piring Hitam Jenama Pioneer
Commemorative Issue 100 Years F&N (1883-1983)

Guni Kain Tepung Gandum 25kg

Speaker Kayu Jenama Sanyo
F&N Wood Crate
Telefon Lama 'JT' (Jabatan Telekom)- Grey
Telefon Lama 'JT' (Jabatan Telekom)- Black
Telefon 'JT' (Jabatan Telekom) 1986
Pemetik Api Lama- 001

Pemetik Api Lama- 002

Tin Tray Minyak Angin Cap Kapak / Calendar Holder

Lencana Good Drivers License (GDL) Negeri-Negeri Tanah Melayu
Bedak Jenama Zaitun
Liquid Paper Lama
Keris
TV Lama National
 
Mangkuk Getah K.R.P S.C.E
 
Lencana Pengakap Daerah Kelang Selangor
Pengasah Pensil Lama
 
Lencana Sekolah Methodist Girls School Ipoh 1897-1977
 
 
Setakat ini saja yang boleh dikongsi.
-see u when i see u- 
 

7 comments:

  1. bos,ada info tentang guni gandum cap feri biru tu?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum tuan...
    Saya mohon kebenaran gunakan gambar2 tuan, terutamanya gambar dapur butterfly tu dalam blog saya.
    Saya harap tuan izinkan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam tuan..pemain piring hitam jenama pioneer tu kalau sekarang berapa ribu nilainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun ada satu,, masih berfungsi dan siap speaker skli klo kena harga nak letgo,, Sesiapa berminat call @ Whatsapl 0138492741

      Delete
    2. Saya pun Ada satu pemberat/pengukur timbang lama...jika tuan berminat....whatsap 01133577840

      Delete
  4. It's interesting old collections

    ReplyDelete