Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday 8 March 2013

Gelas & Botol Long Chan

Entry kali ini aku nak share koleksi gelas Long Chan yang berasal dari Melaka ni. Cerita orang Melaka, minuman ni memang popular di warung-warung dan kedai runcit sekitar Melaka dan menjadi minuman kegemaran pabila tiba Aidilfitri.

Sejarah penubuhan Long Chan Bros. aerated water Co. Ltd bermula di Melaka pada tahun 1910, kini didatangkan dengan pelbagai variasi perisa seperti sarsi atau sarsaparilla, oren, ais krim soda dan perasa buah-buahan dan dikilangkan dalam bentuk botol plastik dan kaca (sekarang ni botol kaca dah susah nak dapat). Yang bestnya syarikat ni juga mengeluarkan gelas berjenama Long Chan yang sekarang ini menjadi item wajib bagi 'collector' gelas kaca ni dan harganya berada diantara yang 'top'.

Sepanjang pengalaman aku dok memburu gelas Long Chan ni, aku dah jumpa tujuh (7) variety berbeza. Kalau ada mana-mana rakan yang tahu ada lebih dari tujuh variety ni boleh share dengan aku. Jom tengok:


Gelas Long Chan- 001 (Depan)
Gelas Long Chan- 001 (Belakang)
Gelas Long Chan- 002 (Depan)
Gelas Long Chan- 002 (Belakang)
Gelas Long Chan- 003 (Depan)
Gelas Long Chan- 003 (Belakang)
Gelas Long Chan- 004 (Depan)
Gelas Long Chan- 004 (Belakang)
Gelas Long Chan- 005 (Depan)

Gelas Long Chan- 005 (Belakang)
Gelas Long Chan- 006 (Depan)
Gelas Long Chan- 006 (Belakang)
Gelas Long Chan- 007 (Depan)
Gelas Long Chan- 007 (Belakang)


Gambar-gambar kat bawah aku nak tunjukan perbezaan pada empat variety yang aku ada, nampak sama tapi kalau kita tengok betul-betul ada ciri-ciri tertentu pada setiap gelas:

  • Gelas Long Chan- 001 (Kombinasi tulisan Jawi & Cina kat gelas)
  • Gelas Long Chan- 002 (Tulisan Cina sahaja)
  • Gelas Long Chan- 003 (Ada tanda tahun pada lambang & tulisan Jawi shj)
  • Gelas Long Chan- 004 (Sama spt Gelas 001 tapi tulisan warna kuning)

Jom tengok perbandingan gelas-gelas Long Chan ni:

Empat Variety Gelas Long Chan (Gambar Depan)

Empat Variety Gelas Long Chan (Gambar Belakang)

Gambar Depan (Hampir tiada perbezaan)

Gambar Belakang (Perbezaan pada warna tulisan- Kuning & Merah)

Cop Crown pada gelas Long Chan

Apa yang menariknya pada variety (Gelas Long Chan-001) ada tulisan jawi & cina. Tanda pengenalan tambahan pada gelas ini boleh dilihat disebelah bawah gelas ini ada tanda/cop 'crown'.


Update Ogos 2013:

Bulan Ogos 2013 sempena cuti Hari Raya Aidilfitri aku berpeluang balik kampung dan dapat melengkapkan lagi koleksi variasi gelas Long Chan aku kepada tujuh (7) variasi, jom tengok gambar-gambar kat bawah sambungan dari empat (4) variasi terdahulu:

Variasi Gelas Long Chan No.5-7 (Depan)
Variasi Gelas Long Chan No.5-7 (Belakang)
 Dari kiri:
  • Gelas Long Chan- 005 (Ada tanda tahun pada lambang, tulisan cina & Gold Line pada mulut gelas)
  • Gelas Long Chan- 006 (Tulisan Jawi & Cina di belakang)
  • Gelas Long Chan- 007 (Tulisan cina di belakang & Gold Line pada mulut gelas)

Perbandingan tujuh (7) variasi Gelas Long Chan:

Gelas Long Chan (7 Variasi) - Pandangan Depan

Gelas Long Chan (7 Variasi) - Pandangan Belakang


Misi seterusnya adalah untuk mencari saki-baki botol Long Chan yang masih ada di luar sana, masih belum ada maklumat berapa jenis variety yang ada.

Botol Long Chan 200ml (Perbandingan Depan)
Botol Long Chan 200ml (Perbandingan Belakang)

Botol Long Chan 400ml (Depan)

Botol Long Chan 400ml (Belakang)


Update lagi kali ni. Baru dapat enam variety Botol Long Chan 400ml dan 200ml. Tiga variety setiap jenis. Mungkin ada lagi tapi belum dijumpai. Jom cari sama-sama.......


Botol Long Chan 200ml (3 Variety)

Botol Long Chan 400ml (3 Variety)


-See u when i see u-

3 comments:

  1. Hi... i berminat nak beli gelas ni.. tolong hubungi saya di 019 3552682

    ReplyDelete
  2. sory andrew- not for sale. tq

    ReplyDelete
  3. Saya ada...botol long chan n long chan bros,saya nak jual satu crack ada 24botol. Whatapps/call 01121247679

    ReplyDelete