Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday 11 March 2013

Tin Rokok

Tin Rokak atau Bekas 'Rokok Buka' ni lahir bila rokok kotak dibuka dan dijual berasingan (jual mengikut batang). Glamour kat kedai-kedai runcit dulu.

Bekas rokok ni setahu dan yang pernah aku jumpa ada dua bentuk, bulat dan empat segi. Material pulak ada yang dibuat dari plastik, tin dan besi. tapi semenjak larangan kerajaan penjualan rokok 'bukak' ni dah susah nak jumpa bekas-bekas rokok ni kat pasaran. Dulu dengan 10sen boleh beli sebatang rokok kalau dah tak ada duit sangat. Bagus juga larangan ni dibuat, sekurang-kurangnya budak-budak sekolah ni tak senang-lenang nak beli rokok. Harga rokok sekarang pun dah semakin naik selari dengan harga-harga barangan koleksinya.

Tin Rokok Mild Seven (Material Tin/Besi)
Bekas Rokok Marlboro (Material Plastik)- Gambar Depan
Bekas Rokok Marlboro (Material Plastik)- Gambar Belakang
Bekas Rokok Winston (Material Plastik)
Bekas Rokok Kent (Material Plastik)
Tin Rokok Perilly's (Material Tin/Besi)
Bekas Rokok Benson & Hedges (Material Plastik)
Tin Rokok Surya Gudang Garam (Material Besi/Tin)


Kat bawah ni merupakan bekas rokok dari material tin, khas untuk menyimpan rokok dari terdedah oleh kerosakan. Biasanya digunakan untuk perokok yang sering melakukan aktiviti lasak dan fizikal bagi menjaga rokok dari rosak atau terkena air. Tin jenama 'Saat' ni pernah mencetus kontroversi sebab guna perkataan dan gambar 'Putrajaya'. Selepas tu semua kotak rokok diwajibkan guna gambar-gambar 'Ngeri' yang ada sekarang.

SAAT (Material Tin/Besi)


Harga bergantung pada material dan keadaan, kalau dalam keadaan baik boleh cecah RM30 sampai RM40. Kalau yang dah tak berapa elok antara RM10 ke RM25. Sesetengah tempat kalau pandai cari boleh dapat satu RM1.00 macam bekas 'Winston' aku tu. Tapi kalau yang 'rare' atau dijual dalam set harga boleh naik lagi. Aku update lagi kalau dah ada koleksi terbaru.

-see u when isee u-

16 comments:

  1. Sape ada jual? Nak kumpul la

    ReplyDelete
  2. Sy ada tin surya,berminat pm 0149812719

    ReplyDelete
  3. Sy ada tin surya,berminat pm 0149812719

    ReplyDelete
  4. Saya ada marlboro tin.. siap tak bukak lagi.. dalam ada rokok 20btg marlboro light .. nak jual rm 50.

    ReplyDelete
  5. Saya ada marlboro tin.. siap tak bukak lagi.. dalam ada rokok 20btg marlboro light .. nak jual rm 50.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada lagi ke...tin rokok..lama...wasap Azlan 0163461888

      Delete
  6. Sape yg ada nak jual tin2 rokok lama yg masih elok pm watsap
    0195136480

    ReplyDelete
  7. SAPA NAK JUAL PM SAYA DI 0195050022

    ReplyDelete