Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Saturday 9 March 2013

Kaset Rock Kapak

Bercerita pasal kaset rock ni, terkenang aku zaman budak dan remaja dulu. Ada generasi yang bermula dengan piring hitam, tapi zaman aku dulu kaset satu alternatif muzik yang amat popular. Jualan kaset masa tu memang boleh buat artis kaya-raya. Aku masih ingat dalam tahun 1989, kalau pergi pasar malam memang hebat dengan pelbagai koleksi kaset cetak rompak yang harganya cuma dalam 3 ringgit saja. Kaset original masa tu dalam 9 ringgit ke 12 ringgit. Dulu kat kampung memang itu saja yang mampu (cetak rompak) dan kalau nak beli kaset original kena ke bandar... jauh dan banyak kos. 

Aku ada banyak koleksi kaset dulu-dulu zaman 'Rock Kapak' seluar ketat rambut panjang tapi nyanyi lagu jiwang. Masa tu kumpulan yang glamour macam Wings, Search, May, Sofea, Zabarjad, Ekamatra, Gersang, Black Rose, Ukays, Slam, Spring dan banyak lagi. Masa tu konsert kat 'fun-fair' memang tak tinggal kalau datangnya group-group yang 'hot' & terkini masa tu. Pegi konsert pakai baju hitam duduk kat depan..... lagu rancak goyang kepala, bila lagu jiwang lambai dengan api lighter, ada juga mamat yang tak ada lighter guna mancis api, apa punya bengong tu, yang paling hebat siap bawak lilin sendiri. Kalau yang ada bajet lebih sikit, pasti ada 'Walkman' sebagai peneman dikala berjiwang.

Entry kali ni aku nak share beberapa kaset favorite yang ada dalam simpanan aku. Pegi sekolah tak pakai duit belanja sebab nak kumpul beli kaset original. Beli yang ori sebab nak poster punya pasal. Tapi sayang poster tu semua aku dah tak ada lagi, kalau ada.... pasti jadi barang 'rare' kerana usianya. Kaset-kaset ni aku dok try sekali-sekala, masih elok kalau nak layan. 

Kaset Wings- 'Jerangkung Dalam Almari'

Kaset Black Rose

Kaset Search- "Karisma"

Kaset Wings- "Hukum Karma"

Kegunaan Pen & Kaset

Zaman sekarang dengan teknologi vs Muzik memang satu revolusi yang tak dapat aku bayangkan dulu. Artis dah tak buat kaset, jual lagu online, CD pun dah ketinggalan zaman, cepat sungguh masa berlalu.  Peminat muzik sekarang aku rasa tak adventure sangat, mudah mencari muzik... tak seperti zaman aku dulu

Ada yang tahu tak hubungan antara Pen & Kaset, pasangan ni merupakan teman setia yang kena ada bersama kalau dok dengar kaset lagu kat radio..... sapa yang tak tahu boleh tanya ibu bapa korang.

-see u when i see u- 

6 comments:

  1. Boh ... Kawan ade kaset2 rock melayu lama thn 80an, 90an ... Banyak jugak ni ... Nak buang sayang ... Ingat nk jual atau bagi saje je ...

    ReplyDelete
  2. Yang ade ... Wings-Mr Barbarik ... Desire-Sumpitan Senja ... Search-Mentari Di Ufuk Timur ... dan banyak lagi ...

    ReplyDelete
  3. Kalau nk boleh contact no ni ... 011-10947743 (call) ... 017-9247743 (watsap) ..

    ReplyDelete
  4. Ada lagi ke kaset nak jual?

    ReplyDelete