Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Thursday 12 December 2013

Fido-Dido

Merujuk kepada beberapa sumber yang aku dapat, ikon kartun Fido-Dido ni mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan penampilan pertamanya dicetak pada napkin untuk sebuah restoran. Ianya telah dilesenkan di United States  dibawah syarikat Pepsico pada tahun 1988. Sinonim dengan jenama air '7up' ia tampil dalam pelbagai bentuk barangan seperti tshirt, topi, gelas dan pelbagai lagi barangan cenderamata. Mula popular di Malaysia pada awal 90an.

Sealiran dengan minat mengumpul gelas, beberapa koleksi aku dikongsi bersama untuk tatapan semua dan masih mengharapkan supaya koleksi ini bertambah bukan saja gelas malah barangan lain yang ada kaitan dengan karektor kartun Fido-Dido ni. Jom Tengok:
Gelas 7up Fido Dido "Do your own thing"
Gelas 7up Fido Dido "Take a different path"
Gelas 7up Fido Dido "Its Cool to be clear"
Gelas 7up "Reach for your own goal"
Gelas 7up Fido Dido "Dance to a difference beat"
Gelas 7up Fido Dido dari KFC
Key-chain Fido Dido
Air Tin 7up Fido Dido


Tapi perlu berhati-hati kepada peminat Fido-Dido ni, lambakkan barangan tiruan yang dicetak dalam pelbagai bentuk juga masih banyak berlegar-legar di pasaran. Terpulang pada kita.......

-see u when i see u-

Monday 11 November 2013

1978

Untuk kali ni aku nak cerita sikit mengenai nombor '1978'. Banyak kena-mengenanya nombor ni dengan aku. Secara tak sengaja ada serba-sedikit koleksi aku yang menjurus untuk mencari nombor ni sebagai salah satu 'group' koleksi. Masih belum banyak barang '78' yang aku kumpul setakat ni. Kalau ada yang nak share dengan aku apa-apa yang ada kaitan dengan '78' ni, amat dihargai. Nostalgia '78' menggamit kenangan:

Majalah Wanita Keluaran Mac 1978

Tin Sign DBKL Tahun 1978
Tin Sign DBKL Tahun 1978
Lesen Papan Iklan 1978
Lesen Tukang Kayu 1978
Lesen Kilang Gaharu MPSP 1978
Lesen Perusahaan Berbahaya DBKL 1978


Lesen Kedai Kupi 1978
Nombor Rumah Lama: No.78

Badge Jambori Pengakap 1978
Badge Kejohanan Bola Keranjang Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 1978
Medal- Inter Oil Company Games 1978

Piring Hitam Lagu-Lagu Pilehan Ramai 1978

RM1 Prefix AGD0000078

RM1 Prefix AFZ7777778

Pada tahun 1978 juga Sony memperkenalkan prototype stereo portable pertama di dunia yang dinamakan 'Walkman'. Nak cuba dapatkan Walkman tu untuk koleksi aku.

First personal stereo tape deck


 *sumber gambar dari content.time.com 

-see u when i see u-

Tuesday 9 April 2013

Gelas Green Spot

Koleksi ini berkaitan Gelas Green Spot. Brand ni adalah dari jenama air botol 'Green Spot'. Seperti minuman botol yang lain, dalam mengeluarkan air botol dikeluarkan juga gelas-gelas sebagai 'free gift' atau untuk memperingakati sesuatu sambutan atau peristiwa tertentu. Untuk maklumat lanjut 'Green Spot' ni boleh tengok pada entry aku yang bertajuk "Botol Green Spot & Green Dragon". Aku tak pasti berapa variety yang ada untuk gelas ni, tapi dalam koleksi aku ada 7 variety berlainan. Go Green!


Gelas Green Spot- 1/8: Bertulis: "The Amoy Canning Corp'n (Malaya) LTD"

Gelas Green Spot "The Orange Experience"- 2/8 (Depan): Bertulis: "The Amoy Canning Corp'n (S'pore) LTD"

Gelas Green Spot (Tulisan Cina)- 2/8 (Belakang)

Gelas Green Spot- 3/8: Bertulis: "The Amoy Canning Corp'n (S'pore) LTD"

Gelas Green Spot- 4/8: Bertulis: "The Amoy Canning Corp'n (S'pore) LTD"
Gelas Green Spot- 5/8: Bertulis: 
"The Amoy Canning Corp'n LTD"
Gelas Green Spot- 6/8

Gelas Green Spot- 7/8

Gelas Green Spot- 8/8


Gelas-gelas ini dikategorikan sebagai lama dan 'rare' kerana terdapat tanda pengenalan padanya seperti tanda 'crown' pada 'base' gelas-gelas ini. Pada Gelas Green Spot- 001 dipercayai dikeluarkan sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan (sebelum tahun 1957) disebabkan ianya masih menggunakan 'Malaya' dan bukannya 'Malaysia' sebagai tanda dagangnya. Terdapat juga 'Gold Ring' pada 'mulut' gelas-gelas ini yang mana menjadi satu 'trade mark' untuk gelas-gelas lama.

-see u when i see u-

Monday 8 April 2013

Variasi Pelita Lama

Pelita Lama atau Pelita Cemeni mempunyai pelbagai variasi bentuk, saiz, warna, dan macam-macam lagi. Kegunaannya hanya satu; menerangkan kegelapan. Zaman dulu-dulu...... sumber elektrik amat terhad dan ada tempat yang tak ada langsung, pelita inilah berfungsi sebagai pengganti lampu. Dijana dengan kuasa minyak tanah dan kepada sesiapa yang pernah merasai menggunakannya pasti biasa dengan istilah 'Jelaga'. Jelaga adalah bahan bakar bewarna hitam hasil dari asap pembakaran dari minyak tanah ni, selalunya lekat di dinding cerombong kaca penutup api pada pelita. 

Sedikit info ni untuk 'refresh' memori orang-orang lama dan maklumat tambahan kepada yang belum tahu. Saiz yang ada biasanya kecil dan ringan supaya mudah untuk dibawa ke mana-mana. Terutama diwaktu malam gelap gelita tetiba ada yang berhajat nak ke toilet, pelita ini peneman dikala gelap. Dulu punya cerita, toilet kebanyakan terletak kat luar rumah, terpisah jaraknya, kalau nak 'melepas hajat'.... kena ada pelita. Toilet@Jamban ni macam rumah kayu kecik ada paku kat dalam khas untuk sangkut pelita. Tapi kalau dah lewat malam sangat, antara 'hajat' dan 'takut' sanggup tahan sampai pagi esok :)

Zaman aku dulu sempat guna jamban luar ni, tapi dah tak pakai pelita, sudah canggih sikit, dah ada torchlight.

 
Champion Cup Kerosene Lamp

Pelita Lama Gambar Amoi


Pelita Mini


Kalau ada yang berhajat nak jimat elektrik nak guna semula pelita ni, boleh lupakan hajat tu, sebab harga minyak tanah sekarang ni lagi mahal dari petrol dan susah nak dapat. Bahaya pun satu hal juga kalau guna pelita ni. Safety first!

-see u when i see u-

Gelas Edisi Merdeka

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957, pelbagai pertubuhan dan syarikat ketika itu mengeluarkan pelbagai barangan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Tak terkecuali gelas edisi Merdeka 1957. Pelbagai variasi dan jenama terdapat di luar sana. Pemburuan gelas edisi ini memerlukan modal yang agak besar kerana sesuatu gelas yang mampu diukur usianya mempunyai nilai pasaran yang tinggi terutama apabila tertera tahun atau tanda aras sesuatu gelas itu.

Koleksi aku setakat ini cuma ini sahaja, tapi aku pernah tengok variasi gelas edisi merdeka dari pelbagai jenama dan keluaran yang masih dalam pemburuan yang tiada penghujungnya. Pelan-pelan kayuh :)


Gelas F&N Merdeka 1957

Gelas Merdeka Tunku Abdul Rahman
Gelas Merdeka "Hidoplah Malaya Merdeka"
Gelas Malaya Merdeka (Depan)
Gelas Malaya Merdeka (Belakang) Tulisan Jawi
Gelas Merdeka- Tiger Beer
Gelas Merdeka- Anchor Beer
Gelas Selamat Merdeka


Merdeka, Merdeka, Merdeka !!!

-see u when i see u-

Tuesday 2 April 2013

Gelas Jubli Intan Sultan Johor (1895-1955)

Gelas yang nak diperkenalkan kali ini adalah gelas keluaran sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun (1895-1955) Sultan Johor ketika itu iaitu Sultan Sir Ibrahim. Gelas ini dikeluarkan pada 7 September 1955 dan yang ada sekarang masih berlegar-legar di dalam negeri Johor. Aku dapat pun dari seorang collector kat Johor. Kerana usia dan susahnya nak dapat gelas ni, ia tergolong dalam gelas yang mempunyai nilai yang tinggi dan menjadi gelas yang wajib ada jika anda seorang pengumpul gelas lama.

Gelas Jubli Intan Sultan Johor (1895-1955)- Type1
Gelas Jubli Intan Sultan Johor (1895-1955)- Type 2

Gelas Jubli Intan Sultan Johor (1895-1955): Type 2 (Sepasang)

Gelas (Type 2) ni tak besar sangat, ukuran tingginya cuma 4 inci sahaja. Disebabkan dalam simpanan aku ada 3 biji gelas ni, tak terlintas sama sekali nak jual tapi kalau ada mana-mana collector yang nak tukar dengan gelas edisi Merdeka 1957 akan aku pertimbangkan, sebab gelas merdeka ni ada banyak versi dan yang mana aku belum ada tu, boleh kita buat sistem 'barter' tukar suka sama suka.

-see u when i see u- 

Sunday 31 March 2013

Botol Green Spot & Green Dragon

Green..... tema post kali ni melibatkan dua botol yang bewarna hijau dari kepulauan Borneo.



Botol Green Spot:

Asal botol Green Spot ni adalah dari Borneo. Dikilangkan di Sabah dan tersebar luas di sana termasuk juga Sarawak. Botol ni pun aku dapat dari Sarawak.... terbang jauh ke semenanjung. Tinggi dia cuma 8 inci saja. Pada bawah logo Green Spot di tepi botol ada tertulis tanda dagang, akibat usia...... tulisan tu tak berapa jelas kalau dalam gambar. Hasil perkongsian ilmu dan pendapat dengan collector yang lain, botol ni dijangka dikeluarkan dalam tahun 80'an.


Tulisan Jawi & Cina. Baris bawah tertulis "THE AMOY CANNING CORP (M) BHD"

Tulisan Rumi. Baris Bawah tertulis "LICENSED BY GREEN SPOT CO. USA"
Botol Green Spot



Botol Green Dragon:

Botol ni juga terbangnya jauh dari Sarawak sana. Bersaiz 9.5 inci tinggi dengan kapasiti 285 ml. Berasal dari Sarawak, slogan yang dipakai pada masa keluaran air botol pada masa itu ialah "Delicious Dragon Drink dan Delicious Green Drink". Botol ni dikeluarkan oleh The Singapore Glass Manufacturers Co. Ltd. dengan dua perasa utama iaitu soya dan teh bunga.


Lambang Naga dengan tulisan Cina "Green Dragon"

Lambang Naga dengan tulisan rumi 'Green Dragon"

Entry untuk botol ni sekadar suka-suka kerana aku lebih minat pada pengumpulan gelas kaca. Nanti aku cuba cari lagi lain-lain variety untuk botol-botol 'Green' ni.

-see u when i see u-