Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday 8 April 2013

Gelas Edisi Merdeka

Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957, pelbagai pertubuhan dan syarikat ketika itu mengeluarkan pelbagai barangan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan. Tak terkecuali gelas edisi Merdeka 1957. Pelbagai variasi dan jenama terdapat di luar sana. Pemburuan gelas edisi ini memerlukan modal yang agak besar kerana sesuatu gelas yang mampu diukur usianya mempunyai nilai pasaran yang tinggi terutama apabila tertera tahun atau tanda aras sesuatu gelas itu.

Koleksi aku setakat ini cuma ini sahaja, tapi aku pernah tengok variasi gelas edisi merdeka dari pelbagai jenama dan keluaran yang masih dalam pemburuan yang tiada penghujungnya. Pelan-pelan kayuh :)


Gelas F&N Merdeka 1957

Gelas Merdeka Tunku Abdul Rahman
Gelas Merdeka "Hidoplah Malaya Merdeka"
Gelas Malaya Merdeka (Depan)
Gelas Malaya Merdeka (Belakang) Tulisan Jawi
Gelas Merdeka- Tiger Beer
Gelas Merdeka- Anchor Beer
Gelas Selamat Merdeka


Merdeka, Merdeka, Merdeka !!!

-see u when i see u-

5 comments:

  1. saya ada gelas edisi merdeka yang ada gambar tunku , berminat contact me 0177503545 syam

    ReplyDelete
  2. sy ada 4pcs gelas hidoplah malaya,berminat call 0177759289

    ReplyDelete
  3. Saya ada 1 pcs gelas HIDOPLAH MALAYA. Boleh saya tau nilai cawan tersebut tuan?

    ReplyDelete
  4. Tuan..sy masih simpan koleksi gelas minuman malaya merdeka 1957..berapa nilai pasaran sekarang tuan

    ReplyDelete
  5. Saya Ada gelas tunku Abdul Rahman 0174477362

    ReplyDelete