Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Wednesday 13 March 2013

Koleksi "Shot Glass"

"Shot Glass" atau gelas mini ni juga salah satu jenis gelas yang dijadikan koleksi. Kebiasaanya ia lebih bertemakan nama tempat atau destinasi pelancongan. Saiznya pun tak besar, tingginya dalam 4inci dan luas 'mulut' gelas ini dalam 1inci sahaja. Antara koleksi yang digemari adalah koleksi melibatkan destinasi kedai cenderamata "Hard Rock Cafe" yang ada di seluruh dunia. Ada kolektor yang sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mengumpul gelas "Hard Rock" ini.

Dalam koleksi aku banyak diperolehi dari tempat-tempat yang aku atau wife aku lawati atas urusan kerja atau makan angin. Gambar pertama ni aku buat perbandingan dengan saiz 'lighter' supaya kita dapat tengok atau bayangkan saiz sebenarnya. Mai tengok.......

'Shot Glass' Hard Rock Cafe London
'Shot Glass' Hard Rock Cafe Berlin
'Shot Glass' Hard Rock Cafe Paris
'Shot Glass' Hard Rock Cafe Sentosa Singapore

Shot Glass' Hard Rock Cafe Penang
'Shot Glass' Petronas Twin Towers Malaysia

'Shot Glass' dari Barcelona
'Shot Glass' dari Dubai

'Shot Glass' dari Barcelona
'Shot Glass' Air Asia- Kota Kinabalu
'Shot Glass' London

'Shot Glass' Planet Hollywood- Kuala Lumpur
Gelas Invalid Port
Hard Rock Cafe Berlin Glass
Gelas Andreau

Gelas Blue Mosque dari Turki



Nanti aku update kalau dapat lagi
-see u when i see u-

No comments:

Post a Comment