Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Tuesday 25 March 2014

Koleksi Berharga Duit Lama & Baru

Minat mengumpul duit lama dan baru telah lama aku ceburi sejak dari kecil lagi. Hobi ini juga dipanggil "Numismatik'. Koleksi di sini berdasarkan nilai belian/jualan yang agak tinggi di pasaran yang ada dalam simpanan aku dan keluarga. Harga ditentukan mengikut tahun keluaran, usia, nombor prefix, jumlah keluaran yang terhad, kesalahan cetak dan lain-lain faktor penilaian kepada penentuan harganya. Banyak lagi koleksi aku yang tak dapat dikongsikan di sini. Bila berkelapangan akan aku masuk satu persatu. Masih baru dan masih mencari.......

Matawang Timah Ayam Jantan atau Ayam Jantan Sabung dianggarkan berusia lebih dari 300 tahun dan dibuat ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1733) dari negeri Kedah.


Duit syiling Siri Parlimen keluaran tahun 1971 mempunyai keluaran yang paling sedikit berbanding tahun-tahun yang lain, ini menjadikanya sukar ditemui dan dianggarkan tempaannya hanya bejumlah 32,+++ keping sahaja.


 Duit syiling Siri Bunga Raya keluaran tahun 2004 'Error' yang terlepas di pasaran mempunyai  lebihan 'Sirip'



Duit kertas RM1 tandatangan Gabenor Ali Abul Hassan. Kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan di mana menurut sumber, terdapat kesilapan edarannya  kerana semasa wang ini diedarkan ia dalam proses peralihan dan pertukaran Gabenor Bank Negara yang baru daripada Gabenor Tan Sri Ali Abul Hassan kepada Gabenor Baru Tan Sri Zeti Aziz.  Kesilapan edaran ini hanya berlaku dan disedari di Bank Negara di Pulau Pinang sahaja kerana cawangan bank lain sempat menerima arahan membatalkan pengedaranya.  Kesemua edaran Duit RM1 yang ditandatani oleh Tan Sri Ali Abul Hassan ini arahanya ditarik balik serta merta dan wang RM1 ini telah dimusnahkan dan diganti denga prefix Replacement ZB.  Hanya RM1  ini sahaja terlepas edaran dengan siri prefix CR7209999 hingga CR7249999. Duit ini tersilap dan terlepas diedarkan kepada umum dalam jumlah kira-kira 50,000 keping sahaja.  


 1890 Sarawak (Rajah C.Brooke)

 $10-Malaya & British Borneo (Queen Elizabeth)

 Ancient Tin Coin Kedah Ring 1710-1773

Duit Ayam, Singapore Merchant Token
Observe:
A spurred fighting cook facing right. In Jawi "Tanah Melayu". Last two tail feathers of cock crossed.
Reverse:
In Jawi "satu keping 1247AH" (one keping 1831)
Weight: 1.49 -1.68 grammes

Diameter: 21 mm
Composition: copper
Mintage: 4,286,778
Mint: Soho Mint, Birmingham



Kat bawah ni semua koleksi duit yang nombor prefix menarik aku panggil "Magnificent Se7en" :




-see u when i see u-

11 comments:

  1. Saya nak jual ..RM5 Edisi : Pertama (1967-1972) siri 1 .... A35 609129 wasap 0178768726

    ReplyDelete
  2. Saya ada skeping wang kertas lame singapore $2 sekitar tahun 1990-1992...agak2 berapa harga??

    ReplyDelete
  3. AVAILABLE HERE:

    SYILING 5SEN

    1968
    1971
    1973
    1976
    1979
    1980
    1981
    1982
    1987
    1988
    2009

    SYILING RM1

    1991
    1995

    BERMINAT WHATSAPP : 0193614390

    ReplyDelete
  4. sye ad duit RM2
    DS2767582
    Berminat whatsapp
    01125705074

    ad lgi specification pde duit ni

    ReplyDelete
  5. Terbaik koleksi tuan... ini mcm👍

    ReplyDelete
  6. Saya ada duit 2 dollar tradisi pertama 2 keping . Dengan 1 dollar america . Berminat whatsapp 0137331508

    ReplyDelete
  7. Saya ada syiling 1 ringgit, 10 keping... Berminat, whatsup sy... 01123532545

    ReplyDelete
  8. Assalammualaikum...
    Saya ade beberapa wang kertas no.siri cantik untuk dijual...

    RM1 GM0004008
    RM1 ZJ7966767
    RM5 AA3090455
    RM5 EH0988000
    RM10 CR7017011
    RM50 GB2122212
    RM100 AA7999665
    RM100 BE9822222

    Semua dia atas ditandatangani oleh dato zeti...
    Berminat boleh hubungi saya di...
    Sms/call: 011-11168516
    Whatsapp: 011-26799296

    ReplyDelete
  9. my name is tamie jean am from usa am old money collector malaysia rare rm coins and notes ifyou have you can contact me on whatsapp +15155998177

    ReplyDelete
  10. Saya ada duit ring 10 ayam jantan

    ReplyDelete
  11. Sy ada duit Rm1x10 yg ditandatgni oleh Tan Sri Abul Hassan lambang askar diblkg, syiling 0.50 berparit di tepi tahun 1967,1968,1969.
    *jika ada yg berminat sila hubungi sy 0168035998 mell

    ReplyDelete