Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday 11 March 2013

Kotak Rokok Marlboro

Entry khas kali ni untuk koleksi kotak rokok Marlboro aku. Sumber rujukan amat sedikit pasal kotak rokok ni. Tapi yang pastinya ia dikeluarkan khas pada masa tertentu atau kita selalu panggil "Special Edition" atau "Limited Edition". Seingat aku ia dikeluarkan antara 1999 ke 2004 (kotak 001-017) dan 2008 untuk kotak 018 & 019. Boleh dikira barang 'rare' kerana usianya dah ada yang cecah 10 tahun. Ia amat special kerana susah nak tengok kat mana-mana kedai 'online' ada menjual kotak rokok ni. Sumber maklumat pula sangat terhad.

Kesemua dalam koleksi aku ada 19 design yang berlainan, 15 kotak bermotifkan "Cowboy", 2 kotak lagi motif "F1" dengan kotak warna merah sempena penganjuran "F1" tahun 2004 (keluaran tempatan dari "Philip Moris") dan 2 kotak lagi motif bebas. Semua dalam pack 20 batang jenis "flit-top box". Jom tengok......

Kotak Rokok Marlboro- 001

Kotak Rokok Marlboro- 002

Kotak Rokok Marlboro- 003

Kotak Rokok Marlboro- 004

Kotak Rokok Marlboro- 005

Kotak Rokok Marlboro- 006

Kotak Rokok Marlboro- 007

Kotak Rokok Marlboro- 008

Kotak Rokok Marlboro- 009

Kotak Rokok Marlboro-010

Kotak Rokok Marlboro-011

Kotak Rokok Marlboro-012

Kotak Rokok Marlboro-013

Kotak Rokok Marlboro-014
Kotak Rokok Marlboro-015
Kotak Rokok Marlboro-016

Kotak Rokok Marlboro-016 (Motif F1)
Kotak Rokok Marlboro-017 (Motif F1)
Kotak Rokok Marlboro-018 (Intense)
Kotak Rokok Marlboro-019 (Limited Edition)
Kotak Rokok Marlboro-020

Kotak Rokok Marlboro- 021

Kotak Rokok Marlboro- 022

Kotak Rokok Marlboro- 023
Kotak Rokok Marlboro Germany- 024

Kotak Rokok Marlboro Germany- 025


Lengkap tersusun dalam frame
Kotak Rokok Marlboro- Saiz Besar


Tersesat pulak satu kotak Pall Mall 10 batang.....design cantik, masuk juga la.

Kotak Rokok Pall Mall


Ini antara koleksi kesayangan aku. Kalau ada mana-mana kawan yang membaca entry ni dan ada dalam simpanan atau ternampak selaian dari design kat atas ni boleh tolong bagi maklumat pada aku. Kalau ada yang nak beli....... setakat ni belum bercadang nak jual kecuali yang ada dua design sama, kita boleh tukar suka sama suka dengan design yang aku belum ada...... tapi ingat, merokok membahayakan kesihatan.
- see u when i see u-

17 comments:

  1. salam bang..nk tnye..mne nk cari lgi ye kotak rokok rare mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munirul Amin: koleksi kotak rokok ni susah nak dapat, tapi masih ada lagi kolektor yg jual di FB kelab2 barang lama. Salah satunya "Kelab Barang Lama-KEBAL". Nak tunggu kotak2 ni muncul munkin ambil masa, kena bersabar sikit, tapi harganya kekadang tu tak masuk akal :)

      Delete
    2. Saya ada simpan 1 kotak rokok Rough Rider @ org dulu panggil rokok tembak... Agak2 brp harga ye?

      Delete
  2. Salam bang, salut untuk koleksi kotak marlboro ini. Saya senang bisa bertemu blog ini. Says koleksi bbrp rokok ini, saya tahu produk ini not for sale....
    Tapi kalau abang ada stok dobel kita bisa barter bang,....
    Namun sebelum saya menemukan macam produk ini, saya minta izin tuk memuat foto koleksi abang di blog saya: koleksi-rokok121212.blogspot.com

    Terima kasih, sampai jumpa sstu saat kita bisa bersilaturahmi...


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Basmallah Group kerana melawati blog saya, koleksi bukan utk dijual tapi sekiranya ada untuk barter amat dialu-alukan. Boleh check pada gambar yg dalam frame tu.... masih ada design yg sama, itu untuk barter. tqvm

      Delete
  3. Salam kenal bro.


    Saya juga koleksi rokok, tapi tidak banyak. Ini saya ada lampirkan sebagian koleksi rokok ku. Ada jga marlboro, tapi tidak banyak.


    Salam kenal,

    anton.

    https://www.facebook.com/sugiono.gondokusumo/media_set?set=a.464551243585842.106569.100000929115401&type=3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih anton kerana melawati blog saya, saya sudah melawati Fb anda & koleksinya menarik dan hebat :)

      Delete
    2. Terima kasih bro, anda sudah mampir ke FB saya. Aku takjub melihat koleksi marlboro anda.

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Are you paying over $5 per pack of cigs? I buy high quality cigarettes over at Duty Free Depot and this saves me over 70% from cigs.

    ReplyDelete
  7. Sy ada stok rokok yg awk blom ada klu minat ws 0189899102

    ReplyDelete
  8. Sape nak rokok lama ada isi, dan tin2 rokok lama watsap
    0195136480

    ReplyDelete
  9. Syi nak rokok kedai runcit hussien no9 jalan manis 5/1
    Taman manis 5 parit raja 86400 batu pahat

    ReplyDelete
  10. Assalam,saya ade 2 kotak marlboro country special ini,condition seal,berisi..sama mcm dalam gambar yg bernombor 004 & 010,untuk dijual

    ReplyDelete