Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Tuesday, 27 May 2014

Car Boot Sale Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota

Dua Pasar Karat di dua lokasi berlainan tetapi dengan konsep yang sama. Lokasi antara satu sama lain tak jauh tapi diadakan pada hari Ahad mengikut jadual yang disediakan penganjur. Jangan salah tarikh udah le.

Car boot Sale di Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota (dalam kawasan Bangi, Selangor) satu lagi konsep Pasar Karat yang tak rugi untuk dikunjungi bagi peminat barang-barang lama/antik/2nd hand. Tapi konsep yang diketengahkan penganjur agak unik di mana tujuan utama diadakan adalah bagi  mengumpul dana untuk badan kebajikan yang menganjurkan bersama jualan di sini, termasuk masjid, sekolah, persatuan penduduk, dan macam-macam lagi. Bernaung dibawah nama "Goods Cycle Carboot". Untuk detail boleh tengok sini http://www.goodscycle.org/.

Memang kena dengan konsep 'Carboot', penjual hanya parking kereta dan buka boot terus berniaga. Syarat utama tak boleh jual barang baru, barang bundle dan makanan, terbaik!

Kalau nak mudah ke sana, ikut Lebuhraya Utara Selatan dan exit Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota (Exit 213). Exit ni terletak diantara Exit Nilai dan Exit Bandar Baru Bangi. Ada juga laluan tak bertol ikut jalan lama dari UKM Bangi.

Peta Lokasi

Tapi kita kena check jadual lokasi carboot ni sebab bukan setiap minggu ada, lokasi dia berubah-rubah. Tapi penganjur ada buat jadual untuk setahun. Boleh rujuk kat website dia juga. Aku pilih lokasi ni sebab kat sini banyak penjual dan banyak variety barang disamping  lokasinya yang senang dicari. Mula operasi dari 7.00 pagi sampai 11.00 pagi. Pembeli tak payah bayar apa-apa kecuali nak beli barang. Sesiapa yang berminat nak anjurkan carboot ni kat tempat dia pun boleh juga, cuma contact penganjur untuk berurusan. Bila nak balik tu jangan lupa hulur derma ikhlas anda sebagai tanda sokongan dan membantu mereka yang memerlukan. Syabas penganjur!









CAR BOOT SALE BANDAR SERI PUTRA

Keluar saja tol dah boleh nampak sebelah kiri dekat kawasan lot-lot kedai. Giliran kat sini pada hari Ahad terakhir setiap bulan.
 
Car Boot Sale Bandar Seri Putra
atau Pasar Karat Bandar Seri Putra

















Jangan lupa hulurkan derma ikhlas anda





CAR BOOT SALE BANDAR BUKIT MAHKOTA

Keluar saja tol jumpa traffic light (simpang empat) jalan terus. Jumpa simpang tiga belok kanan, jalan dalam 200 meter dah boleh nampak sebelah kiri dekat kawasan perumahan. Giliran kat sini pada hari Ahad minggu pertama dan kedua.

Car Boot Sale Bandar Bukit Mahkota
atau Pasar Karat Bandar Bukit Mahkota


























Aku syorkan sesiapa yang ada barang-barang tak pakai kat rumah tu boleh join carboot kat sini, sambil mengisi masa lapang anda boleh dapat duit lebih dan menyumbang kepada aktiviti recycle, yang penting jual murah-murah :)

-See u when i see u-






10 comments:

  1. Satu perkomgsiam yang saya suka. TQ tuan.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Terbaik lah bos, good reference.

    ReplyDelete
  4. Macam menarik.nk join ler.. Blh jual air tak atau makanan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rase nye kalu penganjur lame die xbg.. skang sy xpasti la

      Delete
  5. Macam menarik.nk join ler.. Blh jual air tak atau makanan ke?

    ReplyDelete
  6. perkongsian cerita yang sungguh menarik...ingat nak join gak la car boot sales nie

    ReplyDelete
  7. If you need your ex-girlfriend or ex-boyfriend to come crawling back to you on their knees (even if they're dating somebody else now) you have to watch this video
    right away...

    (VIDEO) Win your ex back with TEXT messages?

    ReplyDelete