Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday, 19 May 2014

Air Tin Sudi

Teruja dan terkesima aku nak tulis kali ni. Ini antara barang paling susah nak dapat. Ada duit ribu riban pun belum tentu boleh dapat atas faktor 'rare' yang sukar dibayangkan. Aku adalah antara insan terpilih untuk memiliki air tin jenama 'SUDI' ni. Beli dari seorang 'hunter' barang lama dari negeri Johor.
(Kredit gambar dari Google)

Sedikit pengenalan pasal air tin sudi ni. Sudi ni asalnya dari nama seorang artis lagenda Malaysia yang terkenal sekitar tahun 80'an dan awal 90'an Allahyaarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992). Insan yang aku kenal zaman sekolah dulu sebagai seorang yang sangat patriotik. Untuk maklumat lanjut berkaitan sudirman boleh klik kat sini:  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Haji_Arshad).


 
Sudirman (Kredit Gambar dari Google)
Antara bisnes terawal yang diceburinya dengan menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd, produknya pula air minuman tin berkarbonat jenama 'Sudi' ni. Ada empat perasa yang utama; Isotonik, Oren, Kola & Lemonade. Air tin ni mula ada dipasaran sekitar tahun 1989. Tagline yang diperkenalkan untuk air tin ialah "Sudi-sudikanlah". Setelah Sudirman jatuh sakit, bisnes dia pun mula merosot dan terpaksa ditutup sekitar September 1991.

Tempoh air tin Sudi ni berada di pasaran cukup singkat. Sebab itulah  tin ni sekarang amat susah dicari. Pengumpul barang lama dan pengumpul tin sememangnya menginginkan koleksi tin sudi ini sebagai salah satu barang wajib ada kerana faktor sentimental serta kepayahan memperolehinya di pasaran.

Galeri Tokoh Temerloh, Pahang

Satu-satunya tempat yang aku tahu masih menyimpan tiga variety air tin sudi ni dalam satu koleksi bersama adalah di Galeri Temerloh, Pahang tempat kelahiran Sudirman. Kat situ banyak menyimpan barang-barang Sudirman termasuklah Air Tin Sudi ni. (Kredit gambar dari FB Sudirman official fan page (https://www.facebook.com/pages/Datuk-Sudirman-Haji-Arshad/128811183872881)

Bagi aku, Air Tin Sudi ni lebih dari sekadar barang koleksi tetapi banyak mengimbau kenangan zaman dulu pernah merasa minum air tin ni. Walaupun kondisi bukan '5 star' tapi aku bersyukur dapat menyimpan salah satu khazanah negara yang tiada nilainya. 

Tiga Perasa Utama; Kola, Oren & Lemonade (Kredit gambar dari Google)
(Kredit gambar dari Google)



Koleksi Air Tin Sudi Milik Aku (Perasa Lemonade)

Air Tin Sudi
Air Tin Sudi (Simpan Rapi)
Air Tin Sudi (Gambar Sudirman)
Air Tin Sudi (Tandatangan Sudirman)
Air Tin Sudi (Pandangan Atas)
Air Tin Sudi (Pandangan Tepi)
Air Tin Sudi (Pandangan Tepi)

Aku salah seorang pemilik Air Tin Sudi, sangat berbangga dan bersyukur. Sudirman dalam kenangan... Alfatihah.

-Not For Sale-

-See u when i see u-


1 comment:

  1. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FOR FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete