Mahal...... itu yang dapat aku gambarkan kalau nak melibatkan diri nak kumpul signboard dan iklan lama. Pelbagai material dari enamel, tin, besi, kadboard, porcelain dan macam-macam lagi. Harga agak mahal tapi berbaloi simpan, terutama kalau dapat kondisi yang masih lagi baik. Salah satu material yang
menjadi 'collectable item' adalah yang diperbuat dari bahan enamel juga
dikenali sebagai "Enamel Advertising" atau "Vitreous Enamel" atau "Porcelain Enamel". Teknik ini dibuat pada lapisan besi dengan promo iklan seperti lapisan kaca dengan pelbagai warna. Teknik lukisan yang dipaparkan seakan timbul dan berkilat menjadikan ianya menarik untuk tujuan iklan. Mula diperkenalkan di Malaya seawal tahun 20an lagi.
Rajin-rajin pergilah merantau ceruk bandar-bandar lama atau ada orang panggil 'Pekan Koboy' pasti akan ketemu sign-sign lama ni, itu semua rezeki 'memburu', sama-ada rajin atau tak berbekalkan sedikit modal hasil pemburuan pasti tak mengecewakan.
Tapi aku tak ada masa nak buat itu semua, aku bukan collector sepenuh masa dan juga bukan seller yang tegar. Pasal tu la koleksi aku untuk sign ni ikut sempat mana yang dapat........ tengok sajalah :)
|
Sign Basikal Raleigh, Material Cardboard (Saiz 2'x1.5') |
|
Tin Sign Marlboro (Saiz A3) |
Masih mencari, masih memburu.
-see u when i see u-
Are you paying more than $5 per pack of cigs? I'm buying all my cigs from Duty Free Depot and this saves me over 70% on cigarettes.
ReplyDelete