Tak ramai yang tahu bekas abu rokok ni ada peminat yang tersendiri mengumpulnya. Aku tak obses sangat nak kumpul, asal ada saja. bagi yang serius mengumpulnya kebiasaannya terdiri dari jenama-jenama rokok dalam dan luar negara. Bentuk yang unik juga salah satu kriteria yang dicari. Ada juga yang mengumpul bekas yang ada brand hotel, macam mana diaorang dapat...... aku pun tak tahu, tapi ada juga hotel yang menjualnya khas untuk peminat hobi ini.
Ashtray Hotel Panorama Taiping- 01 |
Ashtray Hotel Panorama Taiping- 02 |
Ashtray Hotel Panorama Taiping- 03 |
Ashtray Hotel Panorama special sikit pada aku, hotel ni letaknya di Bandar tempat aku membesar masa zaman remaja dulu; Taiping, tempat lepak hujung minggu. Ni pun aku dapat dari seorang collector di Seri Kembagan, katanya... dia pun dapat dari seorang collector kat Singapore. Jauhnya benda ni merantau, dari Taiping ke Singapore. Ashtray ni sempena ulang tahun ke-10 Hotel Panorama, sebab tu nilai 'rare' dia ada 'up' sikit. Satu info lagi, kita boleh tengok pada nombor telefon yang mempunyai enam (6) angka sedangkan sekarang dah guna tujuh (7) angka.
-see u when i see u-
No comments:
Post a Comment