Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday, 22 March 2013

Botologi

Botologi adalah istilah yang diberikan kepada pengumpul botol-botol lama atau baru yang dijadikan sebagai hobi. Ada yang mengumpul mengikut jenama tertentu, usia, negara, bentuk, keunikan dan macam-macam lagi. Aku mula untuk membeli botol-botol ni apabila berkunjung ke Pasar Karat, Kampung Berjaya, Alor Setar. Selalunya aku tengok orang dok jual botol ni ada yang cecah sampaikan puluhan dan ratusan ringgit mengikut pelbagai kriteria dan kualiti botol tersebut. Tergerak hati nak beli kat Pasar Karat ni bila harganya cuma RM1.00 sebotol, murah tu. Nak-Tak-Nak....... beli le sikit sebagai koleksi untuk padanan bersama gelas-gelas yang aku ada. Kasi cuci kilat-kilat dan cantik untuk buat display. Botologiku, dari situ ia bermula.......

Botol Coke (Tulisan Rumi-Depan)
Botol Coke (Tulisan Cina-Belakang)
Botol F&N (Masih Berisi)

Botol F&N
Botol Mirinda
Botol 7up
Botol Coca-Cola
Botol Fanta
Botol Pepsi- 01
Botol Pepsi- 02
Keadaan Asal Semasa Di Tapak Jualan

Apa lagi....... jom "Berbotologi" sama-sama.


Update lagi:

 
Botol Sprite Aluminium (250ml)

Botol Long Chan-001 (Depan)
Botol Long Chan-001 (Belakang)
Botol Long Chan-002 (Depan)
Botol Long Chan-002 (Belakang)
Botol Long Chan- 003 (Depan)
Botol Long Chan- 003 (Tulisan Belakang)

Botol White Spot
Botol Green Spot
Botol F&N 200ml (Kecil)

Botol F&N (Besar & Kecil)
Botol Fraser & Neave Singapore 200ml

Botol Kickapoo "Fat Bottle"


-see u when i see u-

1 comment: