Ini merupakan entry pertama dalam blog aku. Aku nak menceritakan mengenai hobi mengumpul gelas. Aku mula kumpul gelas ni dah lama, tapi mula kumpul betul-betul pada tahun 2012. Tajuk kali ini gelas F&N & Red Lion. tak banyak sumber maklumat yang boleh dikongsi kerana baru nak buat 'pengeledahan' sejarah & maklumat. Tapi sepanjang perjalanan ini kiranya ada maklumat terbaru akan aku update bagi perkongsian kita semua. Sekarang misi pertama aku nak post gambar-gambar koleksi aku dan 'pelan-pelan' update maklumat.
F&N ni dah mula berniaga semenjak tahun 1883. Jenama terkenal dikeluarkan seperti 100+, Magnolia, Sunkist, Fruit Tree, Seasons dan macam-macam lagi. Tapi yang 'glamour' semua berkaitan air minuman. Kilang dia ada satu kat Shah Alam dibuka pada tahun 1996. Lupa nak bagitau apa maksud F&N tu...... Freser & Neave. Company ni ditubuhkan oleh John Fraser dan David
Chalmers Neave pada mulanya menubuhkan The Singapore Straits Aerated Water Company, setahun selepas itu barulah ditubuhkan F&N.
Sejarah F&N dengan gelas ni akan aku update bila dah dapat info 'sahih' mengenai tahun keluarannya, jumlah koleksi yang ada dan lain-lain lagi. Dalam pengamatan aku, ada dua versi gelas ini yang pertama 'Red Lion' dan kedua 'F&N'. Seiapa yang sudi kongsi info, amat dialu-alukan. Enjoy my collection pic:
|
Gelas Red Lion- 01/04 |
|
Gelas Red Lion- 02/04 |
|
Gelas Red Lion- 02/04 |
|
|
|
|
|
Gelas Red Lion- 04/04 |
|
Gelas F&N- 01/18 |
|
Gelas F&N- 02/18 |
|
Gelas F&N- 03/18 |
|
Gelas F&N- 04/18 |
| |
Gelas F&N- 05/18 |
Setakat ini baru ada Empat (4) variety Red Lion dan Lapan Belas (18) variety F&N dan nanti kalau ada masa aku ukur tinggi gelas-gelas ni sebab sesetengah tu berbeza ketinggian terutama yang dalam gambar (F&N-006) bersaiz 'pendek' berbanding dengan yang lain-lain dan designnya juga sama dengan (F&N-016).
Update variety koleksi dalam post ni= 22 Gelas.
Kat bawah ni pula barangan berkaitan dengan F&N yang ada dalam koleksi aku selain dari gelas.
|
F&N Wood Crate (Fraser & Neave) |
|
F&N Wood Crate |
-see u when i see u-
tuan..gelas no 17/18 tu tahun berapa ya keluaran nya?
ReplyDelete