Shell ni memang dah lama mengeluarkan beberapa barang koleksi mengikut musim. Tapi aku cuma berminat pada keluaran berunsurkan Kereta, Motosikal & Gelas. Kalau semua item Shell yang keluar aku nak kumpul makan modal besar. Aku mulakan dengan transformasi logo Shell untuk makluman semua sebagai panduan nak kumpul barang-barang Shell ni.
|
Revolusi Logo Shell |
Dari
research kecil-kecilan yang aku buat pada model keluaran Shell di
Malaysia ada enam (6) keluaran bermula dari tahun 1998, 2006, 2007,
2008, 2009, 2012 dan terkini. Tapi keluaran kereta ni
ada banyak kat oversea sana, ada modal ada barang. Tapi aku cuma
tumpukan pada keluaran dalam negara saja. Ada antara kereta-kereta ni yang didatangkan dengan aksesori tambahan seperti 'garaj' untuk keluaran tahun 2008, 2009 dan 2012. Untuk koleksi 2012 ada satu item tambahan iaitu 'Lego Pit Crew'. Berita sedihnya aku belum dapat memburu untuk keluaran 1998. Kalau berminat nak mencari model-model tahun yang dah lepas anda bersiaplah untuk sanggup membayar harga antara RM30 hingga RM50 seunit. Koleksi ini akan lebih mahal jika datang dengan garaj dan masih terpelihara baik dalam kotak.
|
Shell Ferrari Car Set 2006 |
1.
360 SPIDER
2. F430
3. F2005
4. SUPERAMERICA
5. ENZO FERRARI
6. F50
|
Shell Ferrari Car set 2008 |
- FXX
- F40
- 250 GTX
- 575 GTC
- F430 Challange
- 360 Challenge Stradale
- 599 GTB Fiorano (Black)
- Enzo Ferrari (Yellow) Limited Edition
|
Shell James Bond Car set 2008 |
- Lotus Esprit
- Sunbeam Alpine 5
- Aston Martin DBS
- Aston Martin DB 5
- BMW Z3 Roadster
|
Shell Ferrari Car set 2009 |
- FXX
- F2008
- 360 GTC
- 430 Scuderia
- 612 Scaglietti (Silver)
- 599 GTB Fiorano (Grey)
- 599 GTO Fiorano (Yellow) LE
|
Shell Lego set 2012 |
- 458 Italia
- FXX (Black Car)
- F40 (White Car)
- 250 GT Berlinetta
- Ferrari 150° Italia
- Scuderia Ferrari Truck
|
LEGO Mini-figures set 2012- Pit Crew |
Kita tengok pulak koleksi Shell untuk motosikal, dalam senarai aku ada tiga (3) sahaja. Senarai kat bawah aku pun tak berapa pasti tahun dikeluarkan, tapi bila berkongsi maklumat dengan collector lain, tahun-tahun itu berkemungkinan besar dikeluarkan.
- Ducati Desmosedici-Casey Stoner No.27 (2009)
- Ducati Desmosedici-Nicky Hayden No.69 (2010)
- Ducati Desmosedici GP11-Valentino Rossi No.46 (2011)
|
Ducati Desmosedici-Casey Stoner No.27 |
|
Ducati Desmosedici-Nicky Hayden No.69 |
Semua kat atas merupakan koleksi dalam simpanan aku dan masih jauh perjalanan nak lengkapkan semua koleksi yang ada. Untuk Model kereta tahun 1998 ada 8 biji kereta dah cecah RM400++ dalam pasaran dan motosikal sebiji dalam RM40++.... pelan-pelan kayuh. Gelas baru ada dua, empat lagi untuk 'hunting'. Sesiapa yang nak jual murah-murah atau nak sedekah kat aku, jangan malu-malu contax aku.
-see u when i see u-
Cantik tp sy xde koleksi utk 1998, 2006. Ada sesiapa yg nak jual. Tq
ReplyDeleteCantik tp sy xde koleksi utk 1998, 2006. Ada sesiapa yg nak jual. Tq
ReplyDeleteCantik tp sy xde koleksi utk 1998, 2006. Ada sesiapa yg nak jual. Tq
ReplyDelete