Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday, 22 March 2013

Pasar Karat Kampung Berjaya

Pasar Karat Kampung Berjaya terletak di Alor Setar Kedah, nama yang tak asing untuk kolektor dan penggemar barang-barang antik dan lama. Di buka pada setiap hari Jumaat antara jam 7.00 pagi hingga 12.00 tgh. 

Kunjungan aku pada 22 Mac 2013 bersama abah dan adik aku untuk pertama kalinya ke situ memang berbaloi. Pasar karat ni bercampur juga dengan penjual-penjual barangan lain termasuk barang basah & kering. Macam konsep pasar malam le. Ada yang panggil pasar sehari dan yang nak glamour sikit panggil "Rusty Market"... hu, hu.... glamour.

Kalau nak ke sini ikut Highway Utara Selatan dan exit Alor Setar (Selatan)/Kuala Kedah. Lepas aje bayar tol jumpa simpang empat jalan terus lagi. Jalan sampai jumpa jambatan besar yang menyeberangi sungai, turun je dari jambatan tu jumpa trafic light & belok kanan. Jalan terus sampai ujung jumpa simpang tiga ada trafic light & belok kanan. Dari situ dah tak jauh sebelum jumpa trafic light (simpang empat).. tengok kat kiri ada signboard tulis "Kampung Berjaya" & terus belok kanan.... dari situ dah boleh nampak di sebelah kiri (orang ramai). Tapak dia bersebelahan & sekitar pasar. Ni je gambaran sebaik mungkin yang dapat aku bagi.

Aku share gambar-gambar yang sempat aku amik kat sana.

Botol Lama (recommended item- Murah)

Ah'pek jual duit lama (ada mahal sikit)

Penjual duit lama

Penjual Barang Lama

Barangan Tembaga

Macam-Macam Ada (Highly Recommended) Murah & Mesra Pelanggan

Barangan Tembaga
View
Barangan Tembaga
Barang Lama
Parang, Keris, Pedang & Kacip
Barang Antik & Lama
Barang Lama
Semua Benda Dijual- Asal Barang Jadi Duit
Pilih & Nego Harga
Peniaga Dengan Barang Jualan Paling Sikit, Barang dah Habis atau Baru Mula Nak Beniaga


Ni antara 'Hunting' kami kat sana, berbaloi dan dapat dengan harga yang murah lagi berpatutan.

Botol Coke
Botol F&N
Set Gelas Elf World Cup 2006
Bekas Rokok Buka Jenama Winston
Bekas Rokok Buka Jenama Perilly's
Pingat (Depan)
Pingat (Belakang) "For Distinguished Service"

Talam Tembaga (berat 5kg)

Kamera Konica

Pisau Toreh Getah- 100% Besi

Gambar Lama

Torch Light Eveready (Dapat Free)

Dokumen Lama Tahun 20an & 30an (Surat Pajak,Resit,Lesen, dll)

Kepada kawan-kawan kolektor dan peminat barang lama/antik, lokasi ni mesti dilawati. Masih ada lagi peniaga-peniaga yang menawarkan harga yang murah. Pandai pilih, pandai cari, pandai 'ayat' hasilnya pasti berbaloi.

-see u when i see u- 

4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya pelajar daripada uitm merbok kedah. admin mohon hubungi saya di talian yang bekernaan kerana saya ada perkara yang ingin ditanyakan dan diperbincangkan bersama admin. Maklum bals segera daripada admin amat saya hargai. tq
    013-3445286 - Asraf

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    Dengan rasminya Page fb Tokio Bundle Factory Jitra kini beroperasi.
    Click link
    https://www.facebook.com/tbfjitra/


    Sebagai info, barangan terpakai dari Jepun terdiri daripada pelbagai item seperti perabot, pakaian, mainan, barang antik dan banyak lagi! Terdapat lebih dari 100 pusat lelongan di Jepun dan ada di antara barangan ini masih baru dan ditolak untuk dijual. Barangan mereka sangat berkualiti sebagaimana cara mereka bekerja.

    Stay tune di page ini untuk melihat tangible item yang menarik dan baik.

    ReplyDelete
  3. Pasar ni tak berapa famous kot. Jarang orang sebut

    ReplyDelete
  4. Tumpang tanya macam mana nk jual barang lama ada contact no tak

    ReplyDelete