Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Tuesday 13 October 2015

Gelas Hacks

Entry ni hanya untuk koleksi gelas Hacks yang aku ada, tak banyak pun. Hacks ni adalah satu jenama gula-gula berangin dan biasanya iklan Hacks  mempromosi gula-gula ni untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Dah lama berada di pasaran seingat aku tahun 60'an lagi dah ada. Enjoy my Hacks!!

Gelas Hacks Lama  01/06

Gelas Hacks 02/06
Gelas Hacks (Kuning) 03/06

Gelas Hacks (Hijau) 04/06

Gelas Hacks (Merah) 05/06

Gelas Hacks (Biru) 06/06

Set 4 Gelas Hacks

Masih mencari di luar sana variety gelas Hacks ni. Sambil tu kita makan gula-gula Hacks.

-see u when i see u-

1 comment:

  1. Salam bang Mawi.. saya ada set 6 cawan kaca bertangkai Hacks 'Generasi Ke Generasi'.
    Kalau berminat, whatsapp saya 017-5690-826.
    Akhmal. Tq

    ReplyDelete