Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday 27 April 2015

Air Tin Limited Edition

Pertambahan koleksi Air Tin Limited Edition membuatkan satu topik lagi untuk perkongsian aku kali ni. Selain jenama Coke dan Pepsi terdapat juga lain-lain brand yang sering mengeluarkan edisi khas sempena sesuatu peristiwa dan sambutan. Seringkali juga selebriti menjadi pilihan utama untuk menghiasi design atau rekabentuk tin-tin ini. Siapa sangka suatu hari nanti akan tersenarai sebagai salah satu item 'rare' yang menjadi kegilaan dan rebutan para pengumpul. Pada masa itu, pelaburan sekarang akan dirasakan berbaloi. Selamat mengumpul, rajin-rajin le tengok kat peti sejuk di kedai-kedai, stesen minyak, pasaraya dan mana-mana premis perniagaan yang ada. 

Air Tin 100 Plus Special Editions 2015+2016

Air Tin 100-Plus (Edisi Chinese New Year 2015)
Air Tin 100-Plus (Edisi Chinese New Year 2014)
Air Tin 100-Plus (Edisi Dato' Lee Chong Wei)
Air Tin 100-Plus (Edisi World Cup 2014)
Air Tin 100-Plus (Edisi World Cup Brazil 2)

Pepsi Chinese New Year 2016


Air Tin Pepsi (#sayitpepsi)

Air Tin Old Town White Coffee (Edisi Vespa)


Air Tin Cheers (Edisi Safee Sali)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2013)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2014)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2015)

Air Tin Drive Limited Edition (Aaron Aziz)

Air Tin Drive Limited Edition (Nicky Hayden)
Air Tin Sprite 2016


Ni saja setakat ni, ada lagi aku tambah lagi..... mencari yang pasti!!!

Sayonara.

-see u when i see u-

1 comment: