Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Thursday, 6 March 2014

Gelas Darkie & Darlie

Jenama ‘Darlie’ yang sebelum ni dikenali sebagai ‘Darkie’ merupakan jenama ubat gigi keluaran Hawley & Hazel Chemical Company mula dikilangkan pada tahun 1933 di Shanghai, 1985 syarikat ini diambil alih oleh sebuah company dari US (Colgate-Palmolive).

Darkie dalam bahasa Cina bermaksud ‘Orang Hitam’ (‘Black Person’) menjadi isu berkaitan perkauman dengan memaparkan ‘orang hitam’ pada kotak keluarannya terdahulu. Perkara ini menjadi satu isu dan juga mendapat tentangan pelbagai pihak. Pada tahun 1990 namanya ditukar kepada ‘Darlie’. 

Ubat Gigi Darkie 1988 (Thailand)
Di Malaysia, ramai yang beranggapan pertukaran dari nama ‘Darkie’ ke ‘Darlie’ ada hubungkait dengan perkataan ‘Daki’ dalam bahasa Melayu yang merujuk kepada kekotoran pada badan seseorang dan ini agak kurang sesuai bagi tujuan pemasaran dan imejnya. Tanggapan ini tidak tepat walaupun mempunyai  asas.

Koleksi yang ingin aku kongsi bersama adalah barangan yang merujuk kepada jenama ‘Darkie’ dan ‘Darlie’ terutama gelas yang menjadi barangan koleksi kepada yang berminat. Ini kerana usia sesuatu barangan itu juga boleh ditentukan berdasarkan tahun perubahan nama atau lain-lain pengimejan baru berbanding dengan jenama lain yang agak sukar menentukan tahun keluarannya kerana tiada perubahan ketara dibuat.


Kebanyakan gelas-gelas ini tidak boleh diperolehi secara jualan terus dan hanya dijadikan sebagai hadiah (‘free gift’) sekiranya kita membeli produk ini pada masa-masa tertentu sebagai bahan promosi sahaja.

Jom layan koleksi gelas aku.......


Gelas Darkie - 001

Gelas Darkie-002

Gelas Darkie- 003

Gelas Darkie- 004

Gelas Darkie- 005
Gelas Darkie- 006
Gelas Darkie- 007

Gelas Darkie- 008

Gelas Darkie- 009

Gelas Darkie- 010
Gelas Darkie- 011
Gelas Darkie- 012
Gelas Darkie- 013


GELAS DARLIE

Gelas Darlie- 001

Gelas Darlie - 002

Gelas Darlie - 003
Gelas Darlie Indonesia- 004
Gelas Darlie: Perbandingan Saiz (Malaysia vs Indonesia)
Gelas Darlie- 005


Masih ada lagi gelas-gelas 'Darkie' & 'Darlie' ni yang belum aku dapat dan pemburuan masih diteruskan. Motif utama sekarang mencari yang lama 'Daki' oppss silap 'Darkie' :)

-See u when i see u-

*sumber rujukan maklumat dari google & wikipedia
*gambar gelas milik sendiri kecuali gambar kotak ubat gigi dari wikipedia 




No comments:

Post a Comment