Merujuk kepada beberapa sumber yang aku dapat, ikon kartun Fido-Dido ni mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan penampilan pertamanya dicetak pada napkin untuk sebuah restoran. Ianya telah dilesenkan di United States dibawah syarikat Pepsico pada tahun 1988. Sinonim dengan jenama air '7up' ia tampil dalam pelbagai bentuk barangan seperti tshirt, topi, gelas dan pelbagai lagi barangan cenderamata. Mula popular di Malaysia pada awal 90an.
Sealiran dengan minat mengumpul gelas, beberapa koleksi aku dikongsi bersama untuk tatapan semua dan masih mengharapkan supaya koleksi ini bertambah bukan saja gelas malah barangan lain yang ada kaitan dengan karektor kartun Fido-Dido ni. Jom Tengok:
Gelas 7up Fido Dido "Its Cool to be clear" |
Gelas 7up "Reach for your own goal" |
Gelas 7up Fido Dido "Dance to a difference beat" |
Gelas 7up Fido Dido dari KFC |
Tapi perlu berhati-hati kepada peminat Fido-Dido ni, lambakkan barangan tiruan yang dicetak dalam pelbagai bentuk juga masih banyak berlegar-legar di pasaran. Terpulang pada kita.......
-see u when i see u-
No comments:
Post a Comment