Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Monday, 19 May 2014

Air Tin Sudi

Teruja dan terkesima aku nak tulis kali ni. Ini antara barang paling susah nak dapat. Ada duit ribu riban pun belum tentu boleh dapat atas faktor 'rare' yang sukar dibayangkan. Aku adalah antara insan terpilih untuk memiliki air tin jenama 'SUDI' ni. Beli dari seorang 'hunter' barang lama dari negeri Johor.
(Kredit gambar dari Google)

Sedikit pengenalan pasal air tin sudi ni. Sudi ni asalnya dari nama seorang artis lagenda Malaysia yang terkenal sekitar tahun 80'an dan awal 90'an Allahyaarham Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992). Insan yang aku kenal zaman sekolah dulu sebagai seorang yang sangat patriotik. Untuk maklumat lanjut berkaitan sudirman boleh klik kat sini:  (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sudirman_Haji_Arshad).


 
Sudirman (Kredit Gambar dari Google)
Antara bisnes terawal yang diceburinya dengan menubuhkan Sudirman Usaha Dagang Industri (SUDI) Sdn Bhd, produknya pula air minuman tin berkarbonat jenama 'Sudi' ni. Ada empat perasa yang utama; Isotonik, Oren, Kola & Lemonade. Air tin ni mula ada dipasaran sekitar tahun 1989. Tagline yang diperkenalkan untuk air tin ialah "Sudi-sudikanlah". Setelah Sudirman jatuh sakit, bisnes dia pun mula merosot dan terpaksa ditutup sekitar September 1991.

Tempoh air tin Sudi ni berada di pasaran cukup singkat. Sebab itulah  tin ni sekarang amat susah dicari. Pengumpul barang lama dan pengumpul tin sememangnya menginginkan koleksi tin sudi ini sebagai salah satu barang wajib ada kerana faktor sentimental serta kepayahan memperolehinya di pasaran.

Galeri Tokoh Temerloh, Pahang

Satu-satunya tempat yang aku tahu masih menyimpan tiga variety air tin sudi ni dalam satu koleksi bersama adalah di Galeri Temerloh, Pahang tempat kelahiran Sudirman. Kat situ banyak menyimpan barang-barang Sudirman termasuklah Air Tin Sudi ni. (Kredit gambar dari FB Sudirman official fan page (https://www.facebook.com/pages/Datuk-Sudirman-Haji-Arshad/128811183872881)

Bagi aku, Air Tin Sudi ni lebih dari sekadar barang koleksi tetapi banyak mengimbau kenangan zaman dulu pernah merasa minum air tin ni. Walaupun kondisi bukan '5 star' tapi aku bersyukur dapat menyimpan salah satu khazanah negara yang tiada nilainya. 

Tiga Perasa Utama; Kola, Oren & Lemonade (Kredit gambar dari Google)
(Kredit gambar dari Google)



Koleksi Air Tin Sudi Milik Aku (Perasa Lemonade)

Air Tin Sudi
Air Tin Sudi (Simpan Rapi)
Air Tin Sudi (Gambar Sudirman)
Air Tin Sudi (Tandatangan Sudirman)
Air Tin Sudi (Pandangan Atas)
Air Tin Sudi (Pandangan Tepi)
Air Tin Sudi (Pandangan Tepi)

Aku salah seorang pemilik Air Tin Sudi, sangat berbangga dan bersyukur. Sudirman dalam kenangan... Alfatihah.

-Not For Sale-

-See u when i see u-


Sunday, 18 May 2014

Pasar Karat Seremban

Terdengar cerita dari kawan-kawan yang duduk area Seremban katanya ada pasar karat kat sana. Berkesempatan juga aku pergi cari pasar karat ni. Tak susah nak cari sebab guna GPS. Tapi kalau sesiapa yang nak gi tempat ni.... bila masuk je bandar Seremban cari Pasar Warisan atau Pasar Besar Seremban (pasar jual barang basah & kering). Pasar karat ni berdekatan dengan pasar besar Seremban. Kalau nak lebih tepat lagi cari Jalan Utam Singh. Mula operasi jam 7.00 pagi. Pengunjung pun tak ramai sangat dan kita juga tak perlu bersesak-sesak macam pergi pasar karat kat tempat lain.

Pendapat aku tentang pasar karat ni, dari lima bintang aku bagi tiga bintang. Lokasi semua ok, jumlah peniaga pun ramai. Faktor harga macam tempat-tempat lain kena pandai tawar menawar. Kalau ada rezeki boleh dapat barang baik dengan harga murah. Tapi ada sesetengah barang tu tak le murah sangat berbanding tempat lain seperti barangan tembaga dan koleksi duit-duit lama yang dijual kat situ.

Aku share pengalaman aku dengan gambar-gambar kat bawah ni. Harap gambar-gambar ni dapat menceritakan pengalaman aku kat sana....... 

Pasar Karat Seremban, Jalan Utam Singh
































Hasil Hunting kat Pasar Karat Seremban:


Gelas Martell (Cop Crown+Gold Line)
Tray Minyak Angin Cap Kapak

Okey, kiranya berpeluang aku terjah lagi mana-mana pasar karat yang ada kat Malaysia ni, dan juga kalau ada kelapangan aku share pengalaman serta gambar-gambar yang aku ambil untuk perkongsian bersama.

-see u when i see u-

Saturday, 17 May 2014

Vintage Sign Exhibition @ Ipoh Station

Aku berpeluang ke cafe Ipoh Station di Puchong untuk menjenguk pameran 'sign' lama anjuran pemilik cafe ni pada 17 Mei 2014. Pameran ni berlangsung dua hari (17 & 18 Mei 2014). Secara peribadi aku memuji usaha untuk menghidupkan hobi ni dan berkongsi koleksi dengan orang ramai. Tak terhad kepada sign saja, lain-lain barang sealiran dengan hobi kumpul barang lama/antik ni pun juga dipamerkan selain ada untuk dijual.

Kredit aku bagi kepada pemilik Ipoh Station ni dan semua exhibitor. Kat sini aku nak  tumpang share gambar koleksi tuan/puan untuk entry dalam blog aku kali ini sebagai tatapan mereka yang tak dapat datang. Jom layan gambar-gambar ni. 






























































































Enjoy!!!

-See u when i see u-