Blog aku ini memaparkan hobi koleksi barang lama dan antik milik aku dan keluarga. Juga beberapa barang yang dianggap ''rare' & 'collectible' dalam simpanan aku. Diselitkan juga cerita-cerita berkaitan hobi ini sebagai perkongsian bersama. Sekadar berkongsi dan menjadi 'Muzium Maya' aku. Boleh tengok tak kira masa atau tempat. Masih banyak yang perlu dipelajari dan sebarang perkongsian maklumat sangat-sangat dialukan. Masih ada maklumat yang belum lengkap, ianya masih dalam proses pencarian, dan kalau ada maklumat salah minta diperbetulkan, bukan disengajakan.

Masih memburu masih mencari, kalau ada yang nak bagi, mai sini.
Hobi menyatukan kita. Sayangi dan Peliharalah Khazanah Kita, Tiada Apa Yang Sia-Sia.

"One man's trash is another man's treasure"

-see u when i see u-

Friday, 2 June 2017

Piring Hitam

Koleksi Piring Hitam Dalam Simpanan. Berfungsi Semuanya. Best Layan Lagu.......

Piring Hitam Wings- Hukum Karma
Piring Hitam Jefry Deen
Piring Hitam D.J Dave
Piring Hitam J Sham
Piring Hitam Dhalan Zainuddin
Piring Hitam Scorpion
Piring Hitam Nirvana Unplugged
Piring Hitam Uji Rashid & Hail Amir
Piring Hitam Dato' M. Daud Kilau
Piring Hitam Guns N Roses
Piring Hitam P. Ramlee

Piring Hitam Sudirman


-see u when i see u-

Friday, 14 April 2017

Koleksi Gelas Lama

Koleksi gelas lama dengan tulisan Jawi dan lain-lain indikator seperti perkataan Malaya, tahun keluaran atau sempena sesuatu peristiwa. Antara karektor utama boleh dirujuk adalah 'Gold Line' pada bibir gelas.

Satu lagi ciri yang terkenal sering menjadi rujukan dikalangan collector adalah 'Cop Crown' yang boleh dilihat di bawah gelas.



Gelas Thien Cheong Co. Malaya

Gelas Schweppes
Gelas Invalid Port
Gelas 333
Gelas Hacks


Gelas Prince Room (Singapore)


-see u when i see u- :)

Tuesday, 13 October 2015

Gelas Hacks

Entry ni hanya untuk koleksi gelas Hacks yang aku ada, tak banyak pun. Hacks ni adalah satu jenama gula-gula berangin dan biasanya iklan Hacks  mempromosi gula-gula ni untuk melegakan sakit tekak dan batuk. Dah lama berada di pasaran seingat aku tahun 60'an lagi dah ada. Enjoy my Hacks!!

Gelas Hacks Lama  01/06

Gelas Hacks 02/06
Gelas Hacks (Kuning) 03/06

Gelas Hacks (Hijau) 04/06

Gelas Hacks (Merah) 05/06

Gelas Hacks (Biru) 06/06

Set 4 Gelas Hacks

Masih mencari di luar sana variety gelas Hacks ni. Sambil tu kita makan gula-gula Hacks.

-see u when i see u-

Monday, 27 April 2015

Air Tin Limited Edition

Pertambahan koleksi Air Tin Limited Edition membuatkan satu topik lagi untuk perkongsian aku kali ni. Selain jenama Coke dan Pepsi terdapat juga lain-lain brand yang sering mengeluarkan edisi khas sempena sesuatu peristiwa dan sambutan. Seringkali juga selebriti menjadi pilihan utama untuk menghiasi design atau rekabentuk tin-tin ini. Siapa sangka suatu hari nanti akan tersenarai sebagai salah satu item 'rare' yang menjadi kegilaan dan rebutan para pengumpul. Pada masa itu, pelaburan sekarang akan dirasakan berbaloi. Selamat mengumpul, rajin-rajin le tengok kat peti sejuk di kedai-kedai, stesen minyak, pasaraya dan mana-mana premis perniagaan yang ada. 

Air Tin 100 Plus Special Editions 2015+2016

Air Tin 100-Plus (Edisi Chinese New Year 2015)
Air Tin 100-Plus (Edisi Chinese New Year 2014)
Air Tin 100-Plus (Edisi Dato' Lee Chong Wei)
Air Tin 100-Plus (Edisi World Cup 2014)
Air Tin 100-Plus (Edisi World Cup Brazil 2)

Pepsi Chinese New Year 2016


Air Tin Pepsi (#sayitpepsi)

Air Tin Old Town White Coffee (Edisi Vespa)


Air Tin Cheers (Edisi Safee Sali)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2013)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2014)

Air Tin Red Bull (Edisi Hari Raya Aidilfitri 2015)

Air Tin Drive Limited Edition (Aaron Aziz)

Air Tin Drive Limited Edition (Nicky Hayden)
Air Tin Sprite 2016


Ni saja setakat ni, ada lagi aku tambah lagi..... mencari yang pasti!!!

Sayonara.

-see u when i see u-

Tuesday, 23 December 2014

Pinggan Mangkuk

Cerita kali ni berkaitan barangan keperluan untuk kita gunakan semasa menjamu selera. Bila koleksi dah membiak, aku share kat sini di bawah tajuk pinggan mangkuk. Tapi yang lain-lain seangkatan denyannya ada juga seperti teko, cawan, piring dan macam-macam lagi. Koleksi tak seberapa, jom tengok.


Teko Lama (Tea Persia/Gohyah Tea)
Teko Mini (Motif Bunga Kangkung)

Teko (Motif Bunga Kangkung)

Set Cawan Kopitiam

Mangkuk Lukisan Motif Ayam Jantan
Pinggan PDRM
Cawan Cap Tupai


Sayonara!

-see u when i see u-

Tuesday, 27 May 2014

Car Boot Sale Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota

Update 2019: utk bacaan sahaja, update terkini pasar karat ni tidak diperolei.... selamat membaca & terima kasih.


Dua Pasar Karat di dua lokasi berlainan tetapi dengan konsep yang sama. Lokasi antara satu sama lain tak jauh tapi diadakan pada hari Ahad mengikut jadual yang disediakan penganjur. Jangan salah tarikh udah le.

Car boot Sale di Bandar Seri Putra & Bandar Bukit Mahkota (dalam kawasan Bangi, Selangor) satu lagi konsep Pasar Karat yang tak rugi untuk dikunjungi bagi peminat barang-barang lama/antik/2nd hand. Tapi konsep yang diketengahkan penganjur agak unik di mana tujuan utama diadakan adalah bagi  mengumpul dana untuk badan kebajikan yang menganjurkan bersama jualan di sini, termasuk masjid, sekolah, persatuan penduduk, dan macam-macam lagi. Bernaung dibawah nama "Goods Cycle Carboot". Untuk detail boleh tengok sini http://www.goodscycle.org/.

Memang kena dengan konsep 'Carboot', penjual hanya parking kereta dan buka boot terus berniaga. Syarat utama tak boleh jual barang baru, barang bundle dan makanan, terbaik!

Kalau nak mudah ke sana, ikut Lebuhraya Utara Selatan dan exit Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota (Exit 213). Exit ni terletak diantara Exit Nilai dan Exit Bandar Baru Bangi. Ada juga laluan tak bertol ikut jalan lama dari UKM Bangi.

Peta Lokasi

Tapi kita kena check jadual lokasi carboot ni sebab bukan setiap minggu ada, lokasi dia berubah-rubah. Tapi penganjur ada buat jadual untuk setahun. Boleh rujuk kat website dia juga. Aku pilih lokasi ni sebab kat sini banyak penjual dan banyak variety barang disamping  lokasinya yang senang dicari. Mula operasi dari 7.00 pagi sampai 11.00 pagi. Pembeli tak payah bayar apa-apa kecuali nak beli barang. Sesiapa yang berminat nak anjurkan carboot ni kat tempat dia pun boleh juga, cuma contact penganjur untuk berurusan. Bila nak balik tu jangan lupa hulur derma ikhlas anda sebagai tanda sokongan dan membantu mereka yang memerlukan. Syabas penganjur!









CAR BOOT SALE BANDAR SERI PUTRA

Keluar saja tol dah boleh nampak sebelah kiri dekat kawasan lot-lot kedai. Giliran kat sini pada hari Ahad terakhir setiap bulan.
 
Car Boot Sale Bandar Seri Putra
atau Pasar Karat Bandar Seri Putra

















Jangan lupa hulurkan derma ikhlas anda





CAR BOOT SALE BANDAR BUKIT MAHKOTA

Keluar saja tol jumpa traffic light (simpang empat) jalan terus. Jumpa simpang tiga belok kanan, jalan dalam 200 meter dah boleh nampak sebelah kiri dekat kawasan perumahan. Giliran kat sini pada hari Ahad minggu pertama dan kedua.

Car Boot Sale Bandar Bukit Mahkota
atau Pasar Karat Bandar Bukit Mahkota


























Aku syorkan sesiapa yang ada barang-barang tak pakai kat rumah tu boleh join carboot kat sini, sambil mengisi masa lapang anda boleh dapat duit lebih dan menyumbang kepada aktiviti recycle, yang penting jual murah-murah :)

-See u when i see u-